nuffnang top

Monday, 1 July 2013

Review Final Piala FA : JDT gagal gugat kehebatan Kelantan

Final Piala FA sabtu lalu diakhiri dengan Kelantan menang ke atas JDT hasil jaringan tunggal awal perlawanan oleh norfarhan yg menerima 'killer pass' kapten marvel, badri radzi @ piya.
Tambahan masa 5 minit tidak cukup untuk pemain JDT membuktikan mereka boleh “comeback” pada minit-minit terakhir.
Lebih mengecewakan apabila gol yang dijaringkan oleh “matyo” dibatalkan oleh pengadil pada malam itu, saudara Syed Azhar.
Tiga pemain JDT telah ditukar pada masa pertama lagi. ternyata percaturan fandi ahmad meletakkan safee, safiq dan andrea dalam kesebelasan utama tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
Cubaan tepat ke gol lawan juga boleh di kira dengan jari.
Pujian harus diberi kepada Nunez yang dapat memberi hantaran lintang ala-ala 'stevie G' kepada kedua-dua winger JDT iaitu awe roya dan thanaraj .
Sokongan yang kurang sebenarnya dari pemain JDT kepada matyo juga menjadi faktor kenapa JDT tidak dapat mencipta gol.



Sentuhan “free kick” oleh Nunez juga tidak menjadi kali ini.
Kesedihan kem JDT selepas perlawanan semakin jelas apabila mereka hanya menghantar penolong jurulatih, ismail ibrahim ke "press conference" untuk ditemubual. Menurut ismail, selain matyo, safiq, safee dan awe roya, para pemainnya tidak mempunyai pengalaman bermain dalam perlawanan akhir di depan kira-kira 90,000 penyokong. ini diburukkan lagi dengan pertukaran awal separuh masa pertama serta penggantungan kapten, aidil zafuan yang hanya mampu menonton dari tepi padang.

penyokong jdt dilihat memenuhi setiap inci stadium bkt jalil
Benteng TRW merantai kuat “matyo” jadi ianya benar-benar membantu untuk mematahkan serangan JDT.
Piya sebagai “arkitek” terbaik mengawal perlawanan sepanjang 90minit ini. Dengan sorakan padu "gomo kelate gomo" penyokong memberi semangat kepada beliau. Sepanjang game dilihat Piya seakan berada di tengah-tengah padang. Dan memberi bola ke kanan atau ke kiri untuk rakan-rakan lain melakukan serangan. ini membolehkan piya menjimatkan tenaga sepanjang perlawanan.
Penyerang berbadan sasa, Dickson Nwakaeme juga hamper-hampir menjaringkan gol sehinggakan 5 pemain JDT tewas dibuatnya.
Di sini saya melihat Fakri banyak mendapat peluang untuk menjaringkan gol. Cuma penyudahnya kurang menyengat, mungkin ilmunya tidak habis dituntut semasa di portugal.

Walaupun tewas, JDT di bawah pimpinan Tengku Mahkota Johor (TMJ) harus diberi pujian atas semangat dan keringat baginda untuk kembali menaikkan maruah bolasepak negeri johor darul takzim. Harus diingat, kejayaan tidak akan datang dalam masa yang singkat dan mudah.

Semangat kesukanan dan setiakawan antara penyokong kedua-dua pasukan juga amat dikagumi kerana tiada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku. Malah suasana dan aura di stadium bukit jalil seakan-akan seperti final 'champions league' di nou camp atau allianz arena...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...