Dengan keputusan seri dalam perlawanan JDT dan Selangor malam tadi memberi perasaan duka kepada pasukan JDT di mana mereka tewas dari beza jaringan gol bagi melayakkan mereka melangkah ke liga Piala AFC.
Hantaran cantik oleh Norshahrul dan Nunez belum cukup memastikan JDT mendapatkan gol kemenangan. Crossed ball oleh mereka berdua ini gagal dimenafaatkan oleh pemain JDT yang berada di petak hadapan gol Red Giant.
Gol pertama JDT adalah hasil tolakkan kaki Nunez yang bola nya betul-betul terhidang di kaki nya. Minit ke 21 ini memberi hadiah gembira kepada penyokong JDT. Tetapi ini tidak dapat beri keselesaan JDT kerana gol peyamaan oleh 'free kick' Forkey Doe pada minit ke 50 cukup beri tekanan kepada JDT.
Disini saya melihat kelibat Amri, Mahali, Solihin, sebagai anak tempatan yang mempunyai skil yang tinggi dalam bola sepak. Dan ini sebenarnya pendedahan atau pengalaman yang membezakan dengan rata-rata pemain JDT. Slot Piala AFC ini adalah kali kedua disertai oleh Red Giant mengiringi TRW sebagai Juara Piala FA.
![]() |
Pukul 6 Stadium telah penuh |
Usaha keras dari Matyo pula harus dipuji dalam perlawanan ini. Terbukti lah dia memang patut menyertai kem kebangsaan Rajagopal. Walaubagaimana pun, JDT harus belajar dari pengalaman ini sebagai bekalan untuk tahun hadapan.
SELAMAT BERJUANG DI PIALA MALAYSIA SEMUA !
No comments:
Post a Comment