Hanya tinggal sehari lagi final piala FA antara finalist tahun lepas, Kelantan melawan Johor DT.
Dengan debaran yang semakin hangat di kalangan pemain, jurulatih dan penyokong kedua-dua pasukan, penulis merasakan ada baiknya kita melihat bayangan kesebelasan utama yang akan diturunkan bojan hodak dan fandi ahmad malam esok.
Formasi: boleh dikatakan kedua-dua pasukan menggunakan formasi yang sama iaitu 4-4-2 sebenarnya. Formasi ini dilihat secocok dengan kebanyakan pasukan dalam liga mahupun skuad harimau malaya.
![]() |
bayangan line-up Kelantan |
Kelantan:
Penjaga gol - rasanya tidak perlu dipersoalkan lagi kredibiliti khairul fahmi @ apex di posisi benteng terakhir. Walaupun dibolosi 4 gol ketika perlawanan separuh akhir menentang terengganu, namun amat sukar untuk penjaga gol simpanan shahrizan ismail merampas posisi beliau.
Pertahanan - posisi ini dilihat semakin baik dan kukuh apatah lagi tidak dibolosi gol dalam dua perlawanan terakhir. pertahanan tengah sudah hampir pasti milik tonggak import obinna nwaneri dan pemain muda yang semakin meningkat naik iaitu nik shahrul azim. Hanya posisi bek kiri & kanan yang masih terbuka perebutan antara daudsu, farisham dan zairul fitri.
Tengah - di sinilah letaknya kekuatan kelantan melalui peranan yang dimainkan piya selaku playmaker atau perancang dalam menembusi kubu musuh. Hantaran @ lorongan 'through ball' beliau kepada pemain serangan seringkali menghasilkan gol. Tugas piya semakin mudah hasil bantuan diberikan oleh shakir shaari yang bertindak sebagai perisai @ pelindung kepada barisan pertahanan kelantan. Jika berlaku sebarang kecederaan atau penggantungan, kelantan masih boleh mengharapkan zairo anuar dan pemain veteran berpengalaman, k.nanthakumar yang bersedia diturunkan pada bila-bila masa.
Melengkapkan posisi tengah adalah sayap kiri dan kanan yang seperti biasa digalas oleh faiz subri dan norfarhan. Mereka juga mempunyai zamri ramli dan izuan solahudin di bangku simpanan.
Penyerang - tidak syak lagi bahawa ayam tambatan indra putra dan dickson nwakaeme akan mengepalai jentera serangan TRW untuk merobek gawang JDT. Aksi konsisten indra sejak akhir2 ini menepis tanggapan peminat yang mengatakan beliau sudah melepasi zaman kegemilangannya seperti suatu ketika dahulu.
Johor DT:
Penjaga gol - JDT mempunyai 3 orang penjaga gol yang seimbang kekuatan mereka iaitu zamer selamat, al-hafiz hamzah dan zulfadli mohamed. namun, coach fandi dilihat cenderung menurunkan al-hafiz dalam beberapa perlawanan terakhir.
Pertahanan - dengan penggantungan aidil, coach fandi masih belum mengenalpasti siapakah antara muslim, kamarul afiq dan ahmad tharmini yang akan digandingkan untuk pertahanan tengah. jika muslim yang dipilih, diharapkan beliau dapat menampilkan aksi terbaik seperti ketika piala aff 2010 dan sukan sea 2011. Farid ramli di bek kiri dan nazri ahmad di bek kanan adalah calon terbaik untuk menyekat asakan dari bahagian sayap kelantan.
Tengah - playmaker JDT sudah pastinya terletak di bahu andreazinho sambil dibantu oleh safiq rahim di midfield tengah. namun safiq sebenarnya bukan lagi 'safiq 2010' yang kita kenali dahulu. beliau perlu lebih berkeyakinan dan berdisiplin dalam mengemudi bahagian tengah supaya dapat mengimbangi kekuatan piya dan shakir. posisi sayap adalah milik tetap azwan roya dan mungkin norsharul akan bermain di sayap kanan walaupun itu bukanlah posisi kegemaran beliau.
Penyerang - diharapkan fandi ahmad 'berani' untuk mengalih norsharul ke sayap kanan atau kiri bagi 'memberi laluan' kepada safee sali bergandingan dengan nunez di jentera serangan. ini untuk memaksimumkan sebanyak mungkin serangan ke arah gawang kelantan kerana dalam bolasepak, pertahanan yang terbaik adalah dengan menyerang.
![]() |
perbandingan formasi 4-4-2 yang digunakan kedua-dua pasukan |
semoga perlawanan akhir ini akan berlangsung dalam keadaan meriah dan penuh semangan kesukanan tanpa diiringi sebarang kejadian buruk baik kepada pemain, jurulatih mahupun penyokong kedua-dua pasukan.
"may only the best team win"
- ynwa -
No comments:
Post a Comment