Coach skuad kebangsaan, Dato' K Rajagobal memanggil dua orang bekas pemain yang pernah 'berguru' di
luar negara iaitu Nazmi Faiz dan Fakri Saarani bagi menyertai latihan pasukan
Harimau Malaya bermula 11 julai depan.
Turut
dipanggil adalah kapten marvel kelantan, Badhri Radzi @ Piya bersama 6 org lagi
dari pasukan yang baru menjuarai piala FA minggu lepas.
Manakala
penyerang sensasi dan kapten Harimau Malaya sebelum ini, Safee Sali dan Safiq Rahim
masih mendapat kepercayaan rajagobal biarpun persembahan mereka agak
terumbang-ambing dalam liga super musim ini. Namun seperti biasa, "saya
kenal pemain saya" akan keluar dari mulut Rajagobal jika ditanya wartawan
rasional pemilihan pemain-pemain ini.
Selain
itu, rajagobal turut memanggil kembali perancang terengganu, Ashari Samsudin @
"silent killer" yang tersisih dalam perlawanan kelayakan piala asia
dan latihan di australia sebelum ini.
Skuad
kebangsaan dalam rangka persiapan menentang kelab gergasi eropah, Chelsea pada
21 julai dan Barcelona pada 10 ogos. Selain itu, pasukan harimau malaya juga
dijadualkan menuntut ilmu di Jepun untuk beberapa perlawanan persahabatan
selepas bertemu chelsea nanti.
Senarai
27 pemain yang dipanggail Rajagobal:
Penjaga
gol:
Khairul
Fahmi Che Mat
Mohd
Farizal Marlias
Norazlan
Razali
Pertahanan:
Nik
Mohd Shahrul Azim Ab Halim
Azizi
bin Matt Rose
Muhammad
Zubir bin Mohd Azmi
Amiridzwan
Taj Tajudin
Reuben
Thayaparan Kathiripillai
Mohd
Fadhli bin Mohd Shas
Mahalli
Jasuli
Asraruddin
Putra Omar
Mohamad
Aidil Zafuan Abd Razak
Tengah:
Safiq
Rahim
Gurusamy
Govandar a/l Kandasamy
Mohd
Shakir Shaari
Mohd
Badhri Radzi
Muhammad
Nazmi Faiz Mansor
Mohamad
Ashari bin Samsudin
Mohd
Nazrin bin Mohd Nawi
Mohd
Nor Farhan Bin Muhammad
Kunalan
Subramaniam
Penyerang:
Mohd
Fakri bin Saarani
Mohd
Nizad bin Ayub
Norshahrul
Idlan Talaha
Mohd
Safee Mohd Sali
Azamuddin
Mohd Akil
Mohd
Amri Yahyah
No comments:
Post a Comment