nuffnang top

Tuesday, 9 July 2013

Permohonan OKS ditolak penganjur

Niat jurulatih Ong Kim Swee (OKS) untuk membawa masuk 2 orang pemain gantian ke dalam pasukan Harimau Muda bagi menggantikan pemain yang cedera ditolak oleh penganjur kejohanan Universiade.

Daripada senarai asal 17 pemain yang didaftarkan, kini hanya tinggal 11 pemain yang benar-benar cergas untuk menghadapi pusingan seterusnya. Izham Tarmizi, Syahrul Azwari, dan Wan Zaharulnizam menjalani penggantungan perlawanan akibat kad merah. Begitu juga Thamil Arasu yang telah mengutip dua kad kuning dalam dua perlawanan awal yang memungkinkan beliau turut digantung. 

Sebelum ini, skuad Harimau Muda kehilangan Nazirul Naim dan Wan Amirzafran akibat kecederaan. Dalam perlawanan menetang Great Britain kelmarin, pasukan Malaysia hanya mempunyai dua orang pemain yang diletakkan di bangku simpanan iaitu Kenny Pallraj dan Ferris Danial.

OKS ketika ditemubual wartawan menegaskan bahawa beliau telah memberi amaran keras kepada anak-anak buahnya supaya lebih berdisiplin di atas padang selepas ini bagi mengelakkan sebarang layangan kad kuning dan merah. Untuk rekod, enam orang pemain beliau telah dihadiahkan kad kuning iaitu kapten Irfan Fazail, D Saarvindran, Saiful Ridzuwan, Shahrul Saad, Kenny Pallraj dan Hazwan Bakri sepanjang kejohanan ini.

- ynwa -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...