Skuad Harimau Muda Tempang Menjelang Aksi Kedua
Penggantungan perlawanan akibat kad merah kepada penjaga gol utama, izham tarmizi dan pemain sayap, Syahrul Azwari menyebabkan skuad harimau muda mengalami masalah kekurangan pemain yang kritikal untuk perlawanan kedua menentang Great Britain esok (isnin malam) di Stadium Olymp.
Penggantungan perlawanan akibat kad merah kepada penjaga gol utama, izham tarmizi dan pemain sayap, Syahrul Azwari menyebabkan skuad harimau muda mengalami masalah kekurangan pemain yang kritikal untuk perlawanan kedua menentang Great Britain esok (isnin malam) di Stadium Olymp.
Ini diburukkan lagi dengan kecederaan yang menimpa dua pemain iaitu pertahanan kiri, Nazirul Naim dan pertahanan tengah, Wan Amirzafran. Dengan situasi sekarang, OKS hanya mempunyai 13 orang pemain yang cergas sepenuhnya termasuk seorang penjaga gol.
Diberitakan, OKS telahpun membuat panggilan 'SOS' dengan bertindak memanggil dua orang pemain di tanah air iaitu pemain pertahanan kanan JDT, Nazri Ahmad yang juga bekas pemain Harimau Muda A serta tonggak tengah sarawak, Junior Eldstal bagi menggantikan Nazirul dan Amirzafran.
Namun, ianya bergantung samada JDT dan sarawak bersetuju untuk melepaskan dua orang pemain tersebut setelah aksi liga super dan perdana berakhir kelmarin.
Pilihan terakhir OKS adalah memanggil kembali pemain yang ditinggalkan di Vion, Slovakia seperti Fandi Othman atau Azrif Nasrulhaq yang baru pulih dari kecederaan.
Nampaknya, keengganan pengurusan negeri dan kelab tempatan melepaskan pemain mereka sebelum ini langsung tidak membantu OKS mempersiapkan barisan terbaik di Universiade kali ini.
Sementara itu, dilaporkan skuad Algeria telah menarik diri dari menyertai acara bolasepak Universiade atas sebab tertentu. Ini bermakna, anak buah OKS memerlukan sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan esok bagi mencerahkan peluang ke suku akhir.
- ynwa -
No comments:
Post a Comment