1 | Mohd Izham Tarmizi B Roslan | Penjaga Gol | HM A |
2 | Mohd Farhan Abu Bakar | Penjaga Gol | HM A |
3 | Shahrul Saad | Pertahanan | HM A |
4 | Wan Amirzafran Wan Nadris | Pertahanan | HM A |
5 | Fadhli Shas | Pertahanan | HM A |
6 | Kenny Pallraj | Pertahanan | HM A |
7 | Nazirul Naim Che Hashim | Pertahanan | FC Ryukyu |
8 | K Reuben | Pertahanan | ATM |
9 | K Prabhakaran | Pertahanan | Sime Darby |
10 | Muhammad Ariff Farhan Md Isa | Pertahanan | HM A |
11 | Mohd Irfan Fazail | Tengah | HM A |
12 | Saarvindran a/l Devandran | Tengah | HM A |
13 | Wan Zaharulnizam W. Zakaria | Tengah | HM A |
14 | Saiful Ridzuan bin Selamat | Tengah | HM A |
15 | Syahrul Azwari B Ibrahim | Tengah | HM A |
16 | A. Thamil Arasu | Penyerang | HM A |
17 | Ahmad Hazwan Bakri | Penyerang | HM A |
18 | Ferris Danial | Penyerang | HM A |
Coach Ong Kim Swee (OKS) akhirnya menamakan 18 orang pemain bagi membawa cabaran negara ke Sukan Universiti Dunia atau Universiade 2013 di Kazan, Rusia. Skuad yang rata-rata dibarisi pemain Harimau Muda A itu berlepas dari Zlate Moravce, Slovakia dan sampai ke Kazan, Rusia semalam.
Skuad kali ini dibarisi oleh 15 pemain harimau muda A dan 3 orang masing-masing dari pasukan liga super ATM, pasukan liga perdana sime darby dan kelab divisyen 3 jepun, FC Ryukyu.
Pasukan yang dikendali OKS ini adalah dalam persiapan mempertahankan pingat emas sukan sea di myanmar disember ini. Walaupun tanpa nama-nama besar dan berpengalaman seperti wan zack haikal, rozaimi abd rahman, nazmi faiz mansor, dan zubir azmi, skuad kali ini tetap dilihat agak hebat dan mampu memberi cabaran yang lebih kuat berbanding edisi yang lalu.
Mereka akan memulakan saingan jumaat ini (5/7) menentang Italy, diikuti bertemu dengan Great Britain 8/7, seterusnya melawan Algeria pada 10/7 dalam game terakhir.
Walaubagaimanapun, coach OKS dikejutkan denagan pembatalan pendaftaran saat-saat akhir pemain muda berusia 17 tahun, ariff farhan kerana sebab teknikal. Ini menyebabkan OKS hanya mempunyai 17 orang pemain sahaja berbanding pasukan lain yang layak mendaftarkan maksimum 20 orang pemain.
Semoga mereka dapat mengharumkan nama Malaysia di bumi Rusia pada kali ini.
No comments:
Post a Comment