Skuad kendalian OKS ketika ini mempunyai 13 orang pemain menjelang perlawanan suku akhir bertemu Jepun malam ini.
Memetik laporan buletin sukan tv3 semalam, seorang lagi pemain Harimau Muda iaitu pertahanan, K. Prabakaran mengalami kecederaan namun OKS tetap berharap Prabakaran dapat diturunkan berikutan kecederaan Nazirul Naim masih belum pulih.
Keadaan ini menyebabkan OKS tidak mempunyai sebarang pilihan selain dari menurunkan Fadhli Shas, Shahrul Saad, K. Reuben dan Prabakaran di posisi pertahanan.
Walaubagaimanapun, OKS boleh menarik nafas lega kerana diberitakan Hazwan Bakri dan Thamil Arasu telah tamat penggantungan semasa peringkat kumpulan dan bersedia untuk menggempur kubu Jepun.
![]() |
OKS memberi penerangan kepada pemain-pemain beliau menjelang aksi bertemu Jepun malam ini. (photo credit to Mr. Kris Yong) |
Para pemain Harimau Muda seharusnya belajar dari kesilapan perlawanan lepas terutamanya dari segi disiplin bagi mengelakkan layangan kad kuning dan merah dari pengadil.
Sememangnya kemenangan ke atas Jepun adalah tugas sukar namun ianya bukan mustahil untuk dicapai sekiranya anak-anak buah OKS memberikan komitmen dan fokus melebihi 100% sepanjang 90 minit dan tidak membuat kesilapan mudah.
Apapun keputusan malam ini, Harimau Muda telah memenuhi target kontinjen negara iaitu mengatasi pencapaian edisi yang lalu di tempat ke-12.
Barisan kemungkinan:
Farhan; Praba, Fadhli, Shahrul, Reuben; Sarvin, Irfan, Saiful, Ferris; Hazwan, Thamil
- ynwa -
No comments:
Post a Comment