Perlawanan tumpuan semestinya antara JDT dan Selangor pada Sabtu ini Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos. Motivasi pasukan Selangor semestinya mereka telah menang berturut-turut perlawanan sebelum ini. Mereka telah mengalahkan:
02 Jun 2013 Selangor 4 – 1 T-Team
25 Jun 2013 Selangor 2 – 1 PKNS
21 Jun 2013 Selangor 2 – 1 ATM
Inilah keputusan yang mereka telah catatkan. Jurulatih Selangor, Irfan juga menghormati pasukan lawan. Di mana JDT semahunya menang dalam perlawanan terakhir ini selepas luka pedih tewas dipentas akhir Piala FA sabtu lalu.
Jika dilihat pasukan JDT pula, mereka hanya menang 1 dalam perlawanan terakhir mereka:
02 Jun 2013 JDT 2 – 0 Negeri
Sembilan
25 Jun 2013 JDT 1 – 1 Felda
22 Jun 2013 JDT 1 – 1 LionXII
Pasukan didikan Fandi ini di harap dapat menurunkan 11 pemain terbaik yang di mana sebelum ini pemain-pemain beliau dibelengu kecederaan.
Walaubagaimana pun kedua - dua pasukan hendak menang. Selangor mahu meneruskan perjuangan Piala AFC seperti tahun yang lalu manakala JDT mahu mencipta sejarah pertama kali menyertai pertandingan yang berpretij ini.
No comments:
Post a Comment