nuffnang top

Monday, 8 July 2013

Peluang ke suku akhir masih ada

Anak didik OKS telah tewas perlawanan kedua ini pada 5 petang waktu tempatan semalam, 2 gol berbalas kosong. Gol GB telah di jaringkan oleh Sammy Andrew Macviar dan Alex James Dyer masing-masing pada awal babak pertama dan kedua perlawanan tersebut. Kad merah pula terpaksa diterima oleh pemain sayap HMA 'kecik' kali ini. Kekalahan ini sebenarnya berpunca dari keletihan para pemain yang terpaksa bermain 2 perlawanan dalam tempoh 4 hari di samping masalah kekurangan pemain akibat kecederaan dan penggantungan. Tambahan lagi pasukan GB mendapat rehat yang lebih setelah penarikan diri Algeria.

Dalam perlawanan malam tadi, Farhan Abu Bakar mengambil alih Izham Tarmizi di posisi penjaga gol manakala ketiadaan bek kiri Nazirul Naim yang cedera ditampung oleh K Prabakaran. OKS masih menunggu 'lampu hijau' untuk membawa masuk 2 pemain sebagai ganti iaitu Junior Eldstal (Sarawak) dan samaada Nazri Ahmad (JDT) atau Fandi Othman (HMA).

Seperti mana yang sedia maklum, Malaysia masih berpeluang cerah ke suku akhir dengan harapan Itali tewas kepada Great Britain (GB) atau menang hanya 1 gol. Sekarang ini 3 mata dikumpul oleh GB & Malaysia. Untuk rekod, GB adalah naib juara bagi edisi 2011 yang lalu.

Ada 16 pasukan bola sepak universiti menyertai kejohan Universiade di Kazan kali ini. Mereka yang telah di bahagikan kepada 4 kumpulan masing-masing terdiri dari 4 pasukan. Malaysia (HMA) terpilih dalam kumpulan C di mana 2 pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. Senarai kumpulan adalah seperti berikut:-

Kumpulan A
Ireland, Rusia, China, Mexico

Kumpulan B
Japan, Uruguay, Ukrain, Turki

Kumpulan C
Great Britain, MALAYSIA, Itali, Algeria

Kumpulan D
Kanada, Brasil, Perancis, Peru

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...