nuffnang top

Saturday, 6 July 2013

Harimau Muda Mulakan Langkah Kanan

Anak-anak buah Ong Kim Swee (OKS) bermula dengan cemerlang dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Universiade di Rusia apabila mengejutkan Itali 2-0 hasil jaringan Thamil Arasu (min20) dan D Saarvindran (min86).

Walaubagaimanapun, kemenangan ini terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila dua pemain tonggak dilayangkan kad merah iaitu penjaga gol utama, Izham Tarmizi dan pemain sayap, Syahrul Azwari.

Pemain-pemain Harimau Muda dilihat bermain mati-matian bagi mencari 3 mata penting biarpun hanya bermain dengan 9 pemain pada 10minit terakhir. Kekentalan barisan pertahanan yang dipimpin Fadhli Shas juga patut dipuji selain kecemerlangan penjaga gol gantian, Farhan Abu Bakar menafikan 2 sepakan penalti pasukan Itali.

Thamil Arasu membuktikan pilihan OKS meletakkannya sebagai penyerang utama bergandingan dengan Hazwan Bakri adalah tepat sambil dibantu kreativiti Irfan Fazail di barisan tengah.

Malaysia akan bertemu Great Britain pada perlawanan kedua isnin ini. OKS harus menyusun kembali barisan pemainnya selepas kehilangan 2 pemain utama. Selain itu, 5 orang pemain juga harus berhati-hati selepas ini kerana telah dilayangkan kad kuning malam tadi.


Barisan pemain: Izham tarmizi; Nazirul naim, Fadhli shas, Shahrul saad, k Reuben; Wan Zaharulnizam, Irfan fazail, Saiful ridzuwan, d Saarvindran; Thamil arasu, Hazwan bakri

- YNWA noratorala –










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...