nuffnang top

Thursday, 25 July 2013

Perlawanan Malaysia XI

Shimizu S-Pulse vs Malaysia XI - 25 Julai (2-0)

Shonan Bellmare vs Malaysia XI - 27 Julai (5-0)

Tokyo Verde vs Malaysia XI - 30 Julai

Malaysia XI vs Barcelona - 10 Ogos


Credit to BladeRunnerRock - Shonan Bellmare Chant

Credit to BladeRunnerRock - Tokyo Verdy Chant

Malaysia XI ke Jepun

Malaysia XI ataupun pilihan Dato' Rajagopal telah terbang ke Jepun awal minggu ini. Mereka akan berkelana di sana sehingga 31 Julai. Mereka akan di jangka tiba ke Malaysia pada 1 Ogos. 

Menentang pasukan kelab Jepun di sana ini juga adalah persiapan untuk menentang pasukan bimbingan pengurus Gerardo Martino. Berikut adalah senarai pemain yang di pilih di bawa ke Jepun:

Khairul Fahmi Che Mat [Kelantan FC]
Farizal Marlias [Perak FA]
Norazlan Razali [Selangor FC]

Amiridzuan Taj Tajudin [ATM]
Mahali Jasuli [Selangor FC]
Mohd Fadli Shas [HMA]
Mohd Aidil Zafuan Abd Razak [JDT]
Nik Shahrul Azim [Kelantan FC]
Azizi Matt Rose [Kelantan FC]
K Reuben [ATM]
Asraruddin Putra [Selangor FC]
Mohd Nazrin Nawi [Negeri Sembilan]

Shakir Shaari [Kelantan FC]
K Gurusamy [Selangor FC]
S Kunalan [Selangor FC]
Ashaari Samsudin [Terengganu]
Safiq Rahim (C) [JDT]
Chritie Jayaseelan [ATM]
Nazmi Faiz Mansor [PKNS FC]
Junior Eldstal [Sarawak]

Mohd Nor Farhan Muhamad [Kelantan FC]
Mohd Nizad Ayub [PKNS FC]

Norshahrul Idlan Talaha [JDT]
Amri Yahya [Selangor FC]
Safee Sali [JDT]

*Sumber MNFT

Shimizu S Pulse Vs Malaysia XI

Perlawanan dengan pasukan berstatus kelab telah menjadi pilihan Malaysia. Perlawanan yang telah berlangsung dan akan berlangsung ini adalah untuk persiapan Piala Asia 2015.

HM akan berdepan dengan pasukan tanah arab iaitu Bahrin di Kuala Lumpur pada Oktober nanti. Seperti kebiasan HM telah tewas kesemua perlawanan kecuali menang tipis dengan kelab liga Australia.

Rombongan Malaysia XI yang terbang ke Jepun menentang Shimizu S Pulse semalam telah tewas 2 berbalas kosong. Dua gol itu telah di jaringkan pada masa kedua perlawanan.

Shimizu S Pulse (2) - Malaysia XI (0)


Wednesday, 24 July 2013

HMA Vs FK Pohronie (Kelab Slovakia)

HMA telah menang dalam perlawanan ini. Jaringan hasil dari sumbangan Ahmad Hazwan Bakri dan Rozaimi Abdul Rahman.


Kedua-dua mereka adalah penyerang bagi skuad ini. Hazwan dapat menyumbat 2 gol dan Rozaimi 1 gol. Kemenangan 3 – 2 ke atas kelab FK Pohronie ini memberi semangat kembali setelah hanya menduduki tempat ke lapan dalam kejohanan Universiade lalu. HMA telah tewas kepada Kanada 3 -1 dengan sepakan penalty selepas terikat 1 -1 sama.

Thursday, 18 July 2013

Malaysia Pilihan Vs Chonburi FC



Sudah ramai pihak menceritakan kisah perlawanan ini, perlawanan persahabat bersama pasukan kelab dari utara Malaysia, Thailand. Dengan anggaran 200 penonton di stadium, kami di hidangkan dengan aksi lemah dari pilihan jurulatih. 
ini diperkuatkan lagi dengan keputusan berakhir seri kosong sama. walaubagaiman pun, kami amat menghormati sikap pasukan lawan yang datang hampir ke tempat duduk penonton sebagai tanda hormat. manakala sebaliknya bagi pasukan Malaysia sekadar melambai tangan di tengah padang.

football without fans are nothing

Thursday, 11 July 2013

OKS Tagih Komitmen dan Fokus Harimau Muda

Skuad kendalian OKS ketika ini mempunyai 13 orang pemain menjelang perlawanan suku akhir bertemu Jepun malam ini.


Memetik laporan buletin sukan tv3 semalam, seorang lagi pemain Harimau Muda iaitu pertahanan, K. Prabakaran mengalami kecederaan namun OKS tetap berharap Prabakaran dapat diturunkan berikutan kecederaan Nazirul Naim masih belum pulih.



Keadaan ini menyebabkan OKS tidak mempunyai sebarang pilihan selain dari menurunkan Fadhli Shas, Shahrul Saad, K. Reuben dan Prabakaran di posisi pertahanan.



Walaubagaimanapun, OKS boleh menarik nafas lega kerana diberitakan Hazwan Bakri dan Thamil Arasu telah tamat penggantungan semasa peringkat kumpulan dan bersedia untuk menggempur kubu Jepun.


OKS memberi penerangan kepada pemain-pemain beliau menjelang aksi bertemu Jepun malam ini.
(photo credit to Mr. Kris Yong)

Para pemain Harimau Muda seharusnya belajar dari kesilapan perlawanan lepas terutamanya dari segi disiplin bagi mengelakkan layangan kad kuning dan merah dari pengadil.


Sememangnya kemenangan ke atas Jepun adalah tugas sukar namun ianya bukan mustahil untuk dicapai sekiranya anak-anak buah OKS memberikan komitmen dan fokus melebihi 100% sepanjang 90 minit dan tidak membuat kesilapan mudah.

Apapun keputusan malam ini, Harimau Muda telah memenuhi target kontinjen negara iaitu mengatasi pencapaian edisi yang lalu di tempat ke-12.

Barisan kemungkinan:
Farhan; Praba, Fadhli, Shahrul, Reuben; Sarvin, Irfan, Saiful, Ferris; Hazwan, Thamil

- ynwa -

Wednesday, 10 July 2013

Kenali Pemain : Mohd Irfan Bin Fazail (Kapten Harimau Muda A)

Irfan bersama Wan Zaharulnizam atau 'Kecik' 
Irfan Fazail adalah antara pemain harapan dan kepercayaan OKS sejak pemain ini menyertai skuad Harimau Muda A pada tahun 2009.

Aksi terbaik dan konsisten setiap kali diturunkan menyebabkan beliau dipilih oleh coach OKS sebagai kapten dalam kebanyakan perlawanan dan pertandingan yang disertai Harimau Muda.

Nama : Mohd. Irfan Bin Fazail
Umur : 20 tahun
Tarikh Lahir : 12 April 1991
Asal : Johor
Posisi : Tengah / Tengah Menyerang
Pasukan : Harimau Muda (sejak 2009)
Pencapaian : 

Irfan ketika meraikan kejayaan pingat emas sukan sea 2011 di Jakarta

Irfan selaku kapten menjulang piala SCTV di Gelora Bung Karno pada tahun lepas.

Irfan bersama rakan sepasukan sebelum dinobatkan juara Piala Newspaper 2012 di Vietnam.


* all photos credited to Harimau Muda's goalkeeping coach, Kris Yong Wai Hwang.

Senarai Pasukan Ke Piala Malaysia

Dua perlawanan yang berlangsung malam tadi dengan kesudahan Negeri Sembilan dan Felda United mara ke pusingan Piala Malaysia.

Negeri Sembilan (4) vs Sabah (0)
Nazrin Nawi (3), Leandro Fabio (1)

Felda United (1) vs Pos Malaysia (0)
Shafizan Hashim (1)


Maka senarai penuh yang Berjaya ke Piala Malaysia seperti berikut:-

LIGA SUPER
LIGA PERDANA
1.       Lions XII,
2.       Selangor,
3.       Johor Darul Takzim (DT),
4.       Kelantan,
5.       Pahang,
6.       ATM,
7.       Perak
8.       PKNS
9.       Terengganu
10.   T-Team
11.   Felda United
12.   Negeri Sembilan
1.       Sarawak,
2.       Sime Darby,
3.       Johor fa
4.       Kedah

Semoga pasukan tempatan tidak membenarkan piala ini ke seberang tambak...

Laluan ke final Piala Malaysia

Suku Akhir HMA

Skuad bimbingan OKS pernah berlawan dengan pasukan Jepun pada 21 September 2011 (Stadium Tosu Fukuoka) dan 22 Febuari 2012 (Stadium Nasional Bukit Jalil). Tetapi ini perlawanan kelayakan Olimpik 2012 yang lalu.

Berdasarkan senarai pemain dalam skuad olimpik tersebut, hanya beberapa nama yang masih kekal dalam skuad Harimau Muda seperti Irfan Fazail, Syahrul Azwari, Wan Zaharulnizam, Fadhli Shas, dan Thamil Arasu. Selebihnya samaada telah melebihi umur atau digugurkan kerana prestasi.


Line-up 2011
Line-up kemungkinan 2013
1.      Khairul Fahmi
2.      Zubir Azmi
3.      Fahdli Shas
4.      Muslim Ahmad
5.      Mahali Jasuli
6.      Fandi Othman
7.      K. Gurusamy
8.      Shukur Jusoh
9.      Wan Zack Haikal
10.  Thamil Arasu
11.  Izzaq Faris
1.      Farhan Abu Bakar
2.      K. Prabakaran
3.      Fahdli Shas
4.      Shahrul Saad
5.      K. Reuben
6.      D. Saarvindran
7.      Irfan Fazail
8.      Kenny Pallraj
9.      Saiful Ridzuwan
10.  Ferris Danial
11.  Hazwan Bakri

Namun, pemain dibawah tunjuk ajar OKS pada kali ini tidak kurang hebatnya seperti penjaga gol Farhan, Saarvindran, Reuben, Kenny serta Hazwan Bakri. 

Sekarang MALAYSIA (HMA) akan menentang Jepun (juara kumpulan B) pada kejohanan Universiade 2013. MALAYSIA berada kedudukan kedua dalam kumpulan C. Perlawanan ini dijangka akan berlangsung pada Jumaat 12hb (esok). Jika menang (tidak mustahil), menanti di separuh akhir adalah Perancis atau Ireland. Pemenang gangsa edisi lepas iaitu Brazil turut tersingkir kerana perbezaan gol yang kurang dalam kumpulan D.

Berikut adalah laluan ke final bagi pasukan MALAYSIA kita:-



Diharap HMA akan mempamerkan permainan bermutu dan boleh menang ke atas samurai biru ini. 

Tuesday, 9 July 2013

Permohonan OKS ditolak penganjur

Niat jurulatih Ong Kim Swee (OKS) untuk membawa masuk 2 orang pemain gantian ke dalam pasukan Harimau Muda bagi menggantikan pemain yang cedera ditolak oleh penganjur kejohanan Universiade.

Daripada senarai asal 17 pemain yang didaftarkan, kini hanya tinggal 11 pemain yang benar-benar cergas untuk menghadapi pusingan seterusnya. Izham Tarmizi, Syahrul Azwari, dan Wan Zaharulnizam menjalani penggantungan perlawanan akibat kad merah. Begitu juga Thamil Arasu yang telah mengutip dua kad kuning dalam dua perlawanan awal yang memungkinkan beliau turut digantung. 

Sebelum ini, skuad Harimau Muda kehilangan Nazirul Naim dan Wan Amirzafran akibat kecederaan. Dalam perlawanan menetang Great Britain kelmarin, pasukan Malaysia hanya mempunyai dua orang pemain yang diletakkan di bangku simpanan iaitu Kenny Pallraj dan Ferris Danial.

OKS ketika ditemubual wartawan menegaskan bahawa beliau telah memberi amaran keras kepada anak-anak buahnya supaya lebih berdisiplin di atas padang selepas ini bagi mengelakkan sebarang layangan kad kuning dan merah. Untuk rekod, enam orang pemain beliau telah dihadiahkan kad kuning iaitu kapten Irfan Fazail, D Saarvindran, Saiful Ridzuwan, Shahrul Saad, Kenny Pallraj dan Hazwan Bakri sepanjang kejohanan ini.

- ynwa -

Monday, 8 July 2013

Peluang ke suku akhir masih ada

Anak didik OKS telah tewas perlawanan kedua ini pada 5 petang waktu tempatan semalam, 2 gol berbalas kosong. Gol GB telah di jaringkan oleh Sammy Andrew Macviar dan Alex James Dyer masing-masing pada awal babak pertama dan kedua perlawanan tersebut. Kad merah pula terpaksa diterima oleh pemain sayap HMA 'kecik' kali ini. Kekalahan ini sebenarnya berpunca dari keletihan para pemain yang terpaksa bermain 2 perlawanan dalam tempoh 4 hari di samping masalah kekurangan pemain akibat kecederaan dan penggantungan. Tambahan lagi pasukan GB mendapat rehat yang lebih setelah penarikan diri Algeria.

Dalam perlawanan malam tadi, Farhan Abu Bakar mengambil alih Izham Tarmizi di posisi penjaga gol manakala ketiadaan bek kiri Nazirul Naim yang cedera ditampung oleh K Prabakaran. OKS masih menunggu 'lampu hijau' untuk membawa masuk 2 pemain sebagai ganti iaitu Junior Eldstal (Sarawak) dan samaada Nazri Ahmad (JDT) atau Fandi Othman (HMA).

Seperti mana yang sedia maklum, Malaysia masih berpeluang cerah ke suku akhir dengan harapan Itali tewas kepada Great Britain (GB) atau menang hanya 1 gol. Sekarang ini 3 mata dikumpul oleh GB & Malaysia. Untuk rekod, GB adalah naib juara bagi edisi 2011 yang lalu.

Ada 16 pasukan bola sepak universiti menyertai kejohan Universiade di Kazan kali ini. Mereka yang telah di bahagikan kepada 4 kumpulan masing-masing terdiri dari 4 pasukan. Malaysia (HMA) terpilih dalam kumpulan C di mana 2 pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. Senarai kumpulan adalah seperti berikut:-

Kumpulan A
Ireland, Rusia, China, Mexico

Kumpulan B
Japan, Uruguay, Ukrain, Turki

Kumpulan C
Great Britain, MALAYSIA, Itali, Algeria

Kumpulan D
Kanada, Brasil, Perancis, Peru

Penutup Liga Malaysia 2013

Secara rasmi nya Liga Malaysia (Liga M) menutup tirai nya minggu lalu. Dimana ianya mengharungi 4 liga termasuk Liga Super, Liga Perdana, Liga FAM dan Piala Presiden. Berikut adalah senarai juara setiap liga:-

Juara Liga Super - Lion XII
Juara Liga FAM - Penang


Marilah kita menyokong liga bola tempatan lebih dari liga luar negara. Tetapi jadikan lah liga bola di luar sana sebagai rujukan. dan kita ambil 'rahsia' mereka serta 'curi' mengikut ramuan kita sendiri. Jika bukan kita rakyat tempatan siapa lagi yang mahu menyokong nya. 

-sukan kita wajah kita-

Piala Malaysia Akan Bermula

Kehebatan Piala Malaysia akan memulakan kehangatannya selepas raya ini. Saingan Piala Malaysia akan melibatkan 16 pasukan. Ianya akan dipecahkan dalam 4 kumpulan dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke suku akhir, seterusnya separuh akhir dan final.

Bagi menentukan pasukan dalam 4 kumpulan itu, undiannya dijangka akan berlangsung pada 27 Julai ini. 2 perlawanan playoff akan berlangsung Rabu ini (10 Julai 2013). Playoff ini adalah antara pasukan kedudukan 11 dan 12 (Liga Super) menentang kedudukan 5 dan 6 (Liga Perdana):-
Felda vs KL Pos dan Negeri Sembilan vs Sabah

LIGA SUPER
LIGA PERDANA
1.       Lions XII,
2.       Selangor,
3.       Johor Darul Takzim (DT),
4.       Kelantan,
5.       Pahang,
6.       ATM,
7.       Perak
8.       PKNS
9.       Terengganu
10.   T-Team
1.       Sarawak,
2.       Sime Darby,
3.       Johor fa
4.       Kedah
KALAH MATI (PLAYOFF)
11.   Felda
12.   Negeri Sembilan
5.       Sabah
6.       Pos Malaysia

Pemenang dari perlawanan playoff di atas akan layak ke Piala Malaysia. Dan akan berlangsung dari Ogos sehingga Oktober. Juara musim edisi lalu ialah Kelantan.

-sukan kita wajah kita-

Sunday, 7 July 2013

Skuad Harimau Muda Tempang

Skuad Harimau Muda Tempang Menjelang Aksi Kedua

Penggantungan perlawanan akibat kad merah kepada penjaga gol utama, izham tarmizi dan pemain sayap, Syahrul Azwari menyebabkan skuad harimau muda mengalami masalah kekurangan pemain yang kritikal untuk perlawanan kedua menentang Great Britain esok (isnin malam) di Stadium Olymp

Ini diburukkan lagi dengan kecederaan yang menimpa dua pemain iaitu pertahanan kiri, Nazirul Naim dan pertahanan tengah, Wan Amirzafran. Dengan situasi sekarang, OKS hanya mempunyai 13 orang pemain yang cergas sepenuhnya termasuk seorang penjaga gol.

Diberitakan, OKS telahpun membuat panggilan 'SOS' dengan bertindak memanggil dua orang pemain di tanah air iaitu pemain pertahanan kanan JDT, Nazri Ahmad yang juga bekas pemain Harimau Muda A serta tonggak tengah sarawak, Junior Eldstal bagi menggantikan Nazirul dan Amirzafran. 

Namun, ianya bergantung samada JDT dan sarawak bersetuju untuk melepaskan dua orang pemain tersebut setelah aksi liga super dan perdana berakhir kelmarin.

Pilihan terakhir OKS adalah memanggil kembali pemain yang ditinggalkan di Vion, Slovakia seperti Fandi Othman atau Azrif Nasrulhaq yang baru pulih dari kecederaan. 

Nampaknya, keengganan pengurusan negeri dan kelab tempatan melepaskan pemain mereka sebelum ini langsung tidak membantu OKS mempersiapkan barisan terbaik di Universiade kali ini. 

Sementara itu, dilaporkan skuad Algeria telah menarik diri dari menyertai acara bolasepak Universiade atas sebab tertentu. Ini bermakna, anak buah OKS memerlukan sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan esok bagi mencerahkan peluang ke suku akhir.

- ynwa -

Saturday, 6 July 2013

Nazmi dan Fakri Dipanggil Rajagopal

Coach skuad kebangsaan, Dato' K Rajagobal memanggil dua orang bekas pemain yang pernah 'berguru' di luar negara iaitu Nazmi Faiz dan Fakri Saarani bagi menyertai latihan pasukan Harimau Malaya bermula 11 julai depan.

Turut dipanggil adalah kapten marvel kelantan, Badhri Radzi @ Piya bersama 6 org lagi dari pasukan yang baru menjuarai piala FA minggu lepas.

Manakala penyerang sensasi dan kapten Harimau Malaya sebelum ini, Safee Sali dan Safiq Rahim masih mendapat kepercayaan rajagobal biarpun persembahan mereka agak terumbang-ambing dalam liga super musim ini. Namun seperti biasa, "saya kenal pemain saya" akan keluar dari mulut Rajagobal jika ditanya wartawan rasional pemilihan pemain-pemain ini.

Selain itu, rajagobal turut memanggil kembali perancang terengganu, Ashari Samsudin @ "silent killer" yang tersisih dalam perlawanan kelayakan piala asia dan latihan di australia sebelum ini.

Skuad kebangsaan dalam rangka persiapan menentang kelab gergasi eropah, Chelsea pada 21 julai dan Barcelona pada 10 ogos. Selain itu, pasukan harimau malaya juga dijadualkan menuntut ilmu di Jepun untuk beberapa perlawanan persahabatan selepas bertemu chelsea nanti.

Senarai 27 pemain yang dipanggail Rajagobal:

Penjaga gol:
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Farizal Marlias
Norazlan Razali

Pertahanan:
Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim 
Azizi bin Matt Rose
Muhammad Zubir bin Mohd Azmi
Amiridzwan Taj Tajudin
Reuben Thayaparan Kathiripillai
Mohd Fadhli bin Mohd Shas
Mahalli Jasuli  
Asraruddin Putra Omar  
Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak

Tengah:
Safiq Rahim
Gurusamy Govandar a/l Kandasamy   
Mohd Shakir Shaari 
Mohd Badhri Radzi 
Muhammad Nazmi Faiz Mansor
Mohamad Ashari bin Samsudin
Mohd Nazrin bin Mohd Nawi
Mohd Nor Farhan Bin Muhammad
Kunalan Subramaniam

Penyerang:
Mohd Fakri bin Saarani
Mohd Nizad bin Ayub
Norshahrul Idlan Talaha   
Mohd Safee Mohd Sali   
Azamuddin Mohd Akil
Mohd Amri Yahyah     

Peluang Tertutup

Dengan keputusan seri dalam perlawanan JDT dan Selangor malam tadi memberi perasaan duka kepada pasukan JDT di mana mereka tewas dari beza jaringan gol bagi melayakkan mereka melangkah ke liga Piala AFC.
Hantaran cantik oleh Norshahrul dan Nunez belum cukup memastikan JDT mendapatkan gol kemenangan. Crossed ball oleh mereka berdua ini gagal dimenafaatkan oleh pemain JDT yang berada di petak hadapan gol Red Giant.
Gol pertama JDT adalah hasil tolakkan kaki Nunez yang bola nya betul-betul terhidang di kaki nya. Minit ke 21 ini memberi hadiah gembira kepada penyokong JDT. Tetapi ini tidak dapat beri keselesaan JDT kerana gol peyamaan oleh 'free kick' Forkey Doe pada minit ke 50 cukup beri tekanan kepada JDT.
Disini saya melihat kelibat Amri, Mahali, Solihin, sebagai anak tempatan yang mempunyai skil yang tinggi dalam bola sepak. Dan ini sebenarnya pendedahan atau pengalaman yang membezakan dengan rata-rata pemain JDT. Slot Piala AFC ini adalah kali kedua disertai oleh Red Giant mengiringi TRW sebagai Juara Piala FA.
Pukul 6 Stadium telah penuh

Usaha keras dari Matyo pula harus dipuji dalam perlawanan ini. Terbukti lah dia memang patut menyertai kem kebangsaan Rajagopal. Walaubagaimana pun, JDT harus belajar dari pengalaman ini sebagai bekalan untuk tahun hadapan.
SELAMAT BERJUANG DI PIALA MALAYSIA SEMUA !

Harimau Muda Mulakan Langkah Kanan

Anak-anak buah Ong Kim Swee (OKS) bermula dengan cemerlang dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Universiade di Rusia apabila mengejutkan Itali 2-0 hasil jaringan Thamil Arasu (min20) dan D Saarvindran (min86).

Walaubagaimanapun, kemenangan ini terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila dua pemain tonggak dilayangkan kad merah iaitu penjaga gol utama, Izham Tarmizi dan pemain sayap, Syahrul Azwari.

Pemain-pemain Harimau Muda dilihat bermain mati-matian bagi mencari 3 mata penting biarpun hanya bermain dengan 9 pemain pada 10minit terakhir. Kekentalan barisan pertahanan yang dipimpin Fadhli Shas juga patut dipuji selain kecemerlangan penjaga gol gantian, Farhan Abu Bakar menafikan 2 sepakan penalti pasukan Itali.

Thamil Arasu membuktikan pilihan OKS meletakkannya sebagai penyerang utama bergandingan dengan Hazwan Bakri adalah tepat sambil dibantu kreativiti Irfan Fazail di barisan tengah.

Malaysia akan bertemu Great Britain pada perlawanan kedua isnin ini. OKS harus menyusun kembali barisan pemainnya selepas kehilangan 2 pemain utama. Selain itu, 5 orang pemain juga harus berhati-hati selepas ini kerana telah dilayangkan kad kuning malam tadi.


Barisan pemain: Izham tarmizi; Nazirul naim, Fadhli shas, Shahrul saad, k Reuben; Wan Zaharulnizam, Irfan fazail, Saiful ridzuwan, d Saarvindran; Thamil arasu, Hazwan bakri

- YNWA noratorala –










Thursday, 4 July 2013

Harimau Muda Mulakan Perjuangan di Universiade

Skuad Harimau Muda di bawah bimbingan coach Ong Kim Swee akan memulakan saingan Universiade 2013 di Kazan, Rusia menentang Italy pada hari ini (jumaat).

Walaubagaimanapun, pasukan ini yang diketuai oleh Irfan Fazail selaku kapten kelihatan agak tempang selepas hanya tinggal 16 pemain berikutan kecederaan yang menimpa wan amirzafran pada saat-saat akhir.

Namun, mereka tetap bersemangat dan berkobar-kobar untuk turun dalam pertandingan kompetetif pertama setelah berkelana di bumi eropah sejak mac tahun ini.

Dengan rekod yang kurang baik setelah mengalami banyak kekalahan dalam perlawanan persahabatan, coach OKS tetap optimis dan berkeyakinan tinggi anak-anak buahnya mampu memberi aksi terbaik seterusnya mengharumkan nama Malaysia di bumi Rusia.

Berdasarkan kepada senarai akhir 16 pemain yang diberi, saya melihat Izham Tarmizi akan diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai penjaga gawang utama sambil dibantu oleh Farhan Abu Bakar.

Di barisan benteng pertahanan pula, sudah pasti pengalaman dan keupayaan Fadhli Shas membaca gerakan serangan pihak lawan ditagih bersama-sama dengan Shahrul Saad, Nazirul Naim dan K Reuben.

Kreativiti jentera tengah yang dikemudi Irfan Fazail, Saiful Ridzuwan atau Kenny Pallraj pula diharapkan mampu membuat hantaran-hantaran tepat kepada penyerang di barisan depan.

Selain itu, kelicikan pemain sayap bertubuh kecil, wan zaharulnizam atau 'kecik' sudah tentu mampu menewaskan benteng musuh untuk menghasilkan gol. Begitu juga dengan Syahrul Azwari serta Saarvindran diharapkan berupaya menewaskan pihak lawan menerusi kepantasan larian mereka biarpun tanpa Wan Zack Haikal yang masih dalam pemulihan kecederaan di FC Ryukyu, Jepun.

Ketumpulan jentera serangan sebelum ini pasti dapat diatasi sekiranya Thamil Arasu, Hazwan Bakri dan Ferris Danial lebih bijak dalam menyempurnakan peluang terhidang. Tanpa ayam tambatan, Rozaimi Abd Rahman mungkin serangan agak kurang berbisa, tetapi Thamil dan Hazwan pasti mahu membuktikan kepada OKS bahawa mereka mampu menggalas tugas sebagai penyerang utama negara dengan sempurna.


Selamat maju jaya diucapkan kepada OKS dan seluruh pasukan Harimau Muda.......!

Wednesday, 3 July 2013

Perebutan Tempat Ke Piala AFC

Perlawanan tumpuan semestinya antara JDT dan Selangor pada Sabtu ini Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos. Motivasi pasukan Selangor semestinya mereka telah menang berturut-turut perlawanan sebelum ini. Mereka telah mengalahkan:
02 Jun 2013 Selangor 4 – 1 T-Team            
25 Jun 2013 Selangor 2 – 1 PKNS   
21 Jun 2013 Selangor 2 – 1 ATM     

Inilah keputusan yang mereka telah catatkan. Jurulatih Selangor, Irfan juga menghormati pasukan lawan. Di mana JDT semahunya menang dalam perlawanan terakhir ini selepas luka pedih tewas dipentas akhir Piala FA sabtu lalu.   
Jika dilihat pasukan JDT pula, mereka hanya menang 1 dalam perlawanan terakhir mereka:
02 Jun 2013 JDT 2 – 0 Negeri Sembilan
25 Jun 2013 JDT 1 – 1 Felda
22 Jun 2013 JDT 1 – 1 LionXII
Pasukan didikan Fandi ini di harap dapat menurunkan 11 pemain terbaik yang di mana sebelum ini pemain-pemain beliau dibelengu kecederaan.

Walaubagaimana pun kedua - dua pasukan hendak menang. Selangor mahu meneruskan perjuangan Piala AFC seperti tahun yang lalu manakala JDT mahu mencipta sejarah pertama kali menyertai pertandingan yang berpretij ini.


Perlawanan Terakhir - Piala Presiden

Saya melihat tempat ke 2 dan ke 3 akan berlaku perubahan. Jika salah satu pasukan tewas dengan lawan mereka.
Perak adalah juara bertahan untuk piala ini. Walaubagimana pun ini lah pelapis barisan pasukan kita pada masa akan datang.
berikut adalah carta kedudukan pasukan yang diambil dari laman sesawang FAM.

Tuesday, 2 July 2013

Piala Liga Super Berhijrah ke Temasek

Malam tadi berlangsunglah perlawanan kedua terakhir sebelum Liga Super menutup tirainya. Perebutan untuk menyertai Piala AFC menjadi tanda tanya, samada Selangor atau JDT.

Umum pun sudah tahu, dimana jiran kita Singapura telah berjaya dinobatkan menjadi juara Liga Super dengan mengumpul 43 mata dengan berkelebihan 4 mata. Yang akan menjadi perbualan hangat di dada akhbar sukan adalah, Piala Liga Super berpindah tangan ke pasukan Singapura. Mereka yang dibarisi rata-rata pemain bawah 23 tahun dan lebih kurang 5 pemain senior, berjaya merampas piala ini dari pasukan Kelantan.
Kelebihan bermain di atas padang rumput tiruan di stadium jalan besar ternyata menyebelahi mereka pada musim ini. Ini ditambah lagi dengan taktik bertahan mereka apabila bermain di tempat lawan.

Kejuaraan liga super ini membolehkan fam 'menghadiahkan' fas wang sebanyak rm750,000.00, manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima rm450,000.00 dan rm300,000.00.


Persoalannya, apakah langkah badan induk bola sepak negara FAM menjemput singapura menyertai liga tempatan suatu langkah bijak ?

Pro dan cons penyertaan LionXII ke liga Malaysia, ianya pasti menarik untuk di kaji.


Monday, 1 July 2013

Harimau Muda bawa nama Malaysia di Rusia...

1 Mohd Izham Tarmizi B Roslan  Penjaga Gol HM A
2 Mohd Farhan Abu Bakar Penjaga Gol HM A
3 Shahrul Saad Pertahanan HM A
4 Wan Amirzafran Wan Nadris Pertahanan HM A
5 Fadhli Shas Pertahanan HM A
6 Kenny Pallraj Pertahanan HM A
7 Nazirul Naim Che Hashim Pertahanan FC Ryukyu
8 K Reuben Pertahanan ATM
9 K Prabhakaran Pertahanan Sime Darby
10 Muhammad Ariff Farhan Md Isa Pertahanan HM A
11 Mohd Irfan Fazail Tengah HM A
12 Saarvindran a/l Devandran Tengah HM A
13 Wan Zaharulnizam W. Zakaria Tengah HM A
14 Saiful Ridzuan bin Selamat Tengah HM A
15 Syahrul Azwari B Ibrahim Tengah HM A
16 A. Thamil Arasu Penyerang HM A
17 Ahmad Hazwan Bakri Penyerang HM A
18 Ferris Danial Penyerang HM A

Coach Ong Kim Swee (OKS) akhirnya menamakan 18 orang pemain bagi membawa cabaran negara ke Sukan Universiti Dunia atau Universiade 2013 di Kazan, Rusia. Skuad yang rata-rata dibarisi pemain Harimau Muda A itu berlepas dari Zlate Moravce, Slovakia dan sampai ke Kazan, Rusia semalam.

Skuad kali ini dibarisi oleh 15 pemain harimau muda A dan 3 orang masing-masing dari pasukan liga super ATM, pasukan liga perdana sime darby dan kelab divisyen 3 jepun, FC Ryukyu.

Pasukan yang dikendali OKS ini adalah dalam persiapan mempertahankan pingat emas sukan sea di myanmar disember ini. Walaupun tanpa nama-nama besar dan berpengalaman seperti wan zack haikal, rozaimi abd rahman, nazmi faiz mansor, dan zubir azmi, skuad kali ini tetap dilihat agak hebat dan mampu memberi cabaran yang lebih kuat berbanding edisi yang lalu.

Mereka akan memulakan saingan jumaat ini (5/7) menentang Italy, diikuti bertemu dengan Great Britain 8/7, seterusnya melawan Algeria pada 10/7 dalam game terakhir.

Walaubagaimanapun, coach OKS dikejutkan denagan pembatalan pendaftaran saat-saat akhir pemain muda berusia 17 tahun, ariff farhan kerana sebab teknikal. Ini menyebabkan OKS hanya mempunyai 17 orang pemain sahaja berbanding pasukan lain yang layak mendaftarkan maksimum 20 orang pemain. 

Semoga mereka dapat mengharumkan nama Malaysia di bumi Rusia pada kali ini. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...