Anak-anak buah OKS akan memulakan perjuangan dalam Pestabola Merdeka 2013 petang ini (sabtu) melawan pasukan bawah 23 tahun Singapura kendalian V. Sundramoorthy.
Selepas tamat sesi latihan terakhir petang semalam, OKS dilihat menyenaraikan barisan pemain terbaiknya sekaligus membuktikan kesungguhan beliau untuk menjuarai kejohanan kali ini.
Walaupun beberapa pemain tidak dapat menyertai skuad akhir 22 pemain kerana kecederaan dan masalah prestasi, namun barisan yang dipilih OKS tetap dikira kuat dan seimbang di segenap posisi. Malah boleh dikatakan bahawa 85% pemain ini akan menjadi tonggak utama untuk dibawa OKS ke Sukan Sea Myanmar akhir tahun ini.
Antara pemain utama HMA yang tersisih adalah seperti Izzaq Faris, Hazwan Bakri, Gary Steven, Fandi Othman, Amer Saidin dan Nazirul Naim. Begitu juga dengan beberapa pemain yang dilihat menyerlah sebelum ini turut diketepikan seperti Kenny Pallraj, Adam Nor, Nurridzuan, W. Amirzafran dan Prabhakaran.
Sebaliknya OKS memberi peluang kepada beberapa pemain 'luar' seperti Nazmi Faiz, Junior Edstal, Zubir Azmi, Nik Shahrul serta K. Reuben untuk membentuk gandingan terbaik dengan pemain HMA. Pemilihan mereka ini patut dilihat dari sudut positif kerana kehadiran mereka akan mewujudkan persaingan sihat para pemain untuk membarisi kesebelasan utama negara. Secara tidak langsung ia dapat memberi lebih banyak pilihan kepada OKS dalam merencana strategi dan taktikal berkesan bagi menghadapi Singapura, Myanmar dan Thailand.
Pestabola Merdeka ini juga akan menjadi medan 'wonderkid' Nazmi Faiz untuk kembali memikat hati OKS setelah beberapa lama tidak bersama skuad Harimau Muda. Penampilan pertama Junior Edstal di bawah bimbingan OKS turut akan diuji bagi mengukur sejauh mana tahap prestasi dan keupayaan beliau di peringkat yang lebih kompetetif.
Semoga pemain-pemain Harimau Muda dapat memberikan aksi terbaik seterusnya menjuarai kejohanan ini bagi dijadikan sebagai tonik untuk mempertahankan emas Sukan Sea nanti.
"Tanah Tumpahnya Darahku"
No comments:
Post a Comment