nuffnang top

Wednesday, 4 September 2013

Pestabola Merdeka 2013

Kejohanan yang pernah menjadi salah satu pertandingan berprestij suatu ketika dulu kembali mewarnai arena bolasepak tanahair iaitu Pestabola Merdeka 2013.

Pada edisi kali ini Malaysia diwakili oleh skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee sebagai persiapan menjelang misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar hujung tahun ini.
Turut mengambil bahagian dalam kejohanan yang akan diadakan di Kuantan, Pahang ini adalah pasukan bawah 23 (u-23) Singapura, Myanmar dan Thailand.

Walaupun pasukan-pasukan jemputan ini berkemungkinan hanya menghantar pasukan 'kedua' bagi mengelak strategi dan kekuatan mereka diketahui pihak lawan, OKS tetap mempertaruhkan barisan terbaik bagi tujuan membentuk persefahaman mantap antara pemain HMA dan pemain dari pasukan negeri. Sebelum ini OKS menghadapi kesukaran untuk mengumpulkan barisan campuran terbaik disebabkan oleh komitmen pemain-pemain negeri kepada pertandingan piala dan liga tempatan.

Berikut adalah jadual perlawanan yang akan bermula 7hb September ini sehingga 14hb September.

credit to 'malaysiasoccer.my'

Ayuh kita semua ke stadium darul makmur, kuantan....!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...