nuffnang top

Thursday, 12 September 2013

Preview Final Pestabola : Malaysia vs Myanmar

Coach OKS dan barisan kejurulatihan Harimau Muda nampaknya mempunyai satu masalah besar menjelang final Pestabola Merdeka bertemu Myanmar iaitu untuk memilih kesebelasan terbaik daripada senarai 22 pemain.

Namun sudah pasti ini adalah masalah yang amat ditunggu bagi setiap jurulatih mana-mana pasukan. Bagi OKS, persembahan cemerlang anak-anak buahnya dalam 3 perlawanan awal memeningkan beliau untuk memilih hanya 11 orang pemain sahaja sedangkan setiap daripada mereka mempunyai kelebihan dan kemampuan yang tersendiri.

Penulis melihat OKS tidak bergantung kepada individu tertentu untuk diturunkan dalam pasukan muda negara. Sebaliknya, beliau lebih terbuka dalam menentukan siapa yang berhak bermain dan siapa pula yang patut duduk di bangku simpanan.

Tiada istilah pemain bintang ataupun pemain kesayangan dalam kamus OKS antaranya termasuklah kepada kapten, Irfan Fazail dan sayap lincah, Wan Zack serta pertahanan paling berpengalaman, Fadhli Shas.

Skuad Harimau Muda ini mempunyai keistimewaan yang mungkin tidak disedari ramai peminat iaitu setiap pemain mampu untuk bermain lebih dari satu posisi. Lihat sahaja D. Sarvindran yang selesa bermain samaada di posisi sayap kiri atau kanan malah berupaya bermain sebagai penyerang dan pemain tengah. Begitu juga dengan Junior Eldstal yang boleh bermain sebagai pemain tengah bertahan (DM) ataupun di belakang penyerang tunggal sebagai 'target man'. Kemahiran inilah yang diperlukan dalam era bolasepak moden masa kini.

Bagi penulis, sesiapa juga yang diturunkan pada malam esok layak untuk menyarung jersi kuning negara dan seharusnya membuktikan kepada peminat tempatan bahawa mereka sudah bersedia untuk membawa pulang pingat emas di Sukan Sea Myanmar disember ini.

"Tanah Tumpahnya Darahku"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...