nuffnang top

Saturday, 20 September 2014

Ramuan Dollah Salleh

Semalam akhirnya mencatit kemenangan sulung pasukan kendalian Dollah Salleh.


Dan MOTM adalah milik Joseph Kalang Tie

Sunday, 24 August 2014

Sukan Asia 2014 - Skuad OKS Berdepan Misi Mustahil

Sukan Asia 2014 - Skuad OKS Berdepan Misi Mustahil
___________________________________________

Pasukan Harimau Muda A kendalian OKS yang kini berguru di Liga Perdana Queensland, Australia diundi dalam 'kumpulan maut' bersama tuan rumah, Korea Selatan, Arab Saudi dan Laos.

Ini menyaksikan mereka berdepan misi mustahil untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya sebagai dua pasukan teratas.

Pada edisi 2010, skuad OKS berjaya mara sehingga pusingan 16 terakhir.
OKS dijangka memuktamadkan senarai akhir 25 pemain selepas perlawanan persahabatan menentang China pada 10 September. 


Untuk info, pertandingan ini membenarkan setiap pasukan menyenaraikan 3 orang pemain lebih umur 23 tahun.


Perlawanan pertama dijadualkan bermula 14 September yang melibatkan penyertaan dari 29 pasukan

Piala Malaysia 2014 : Persaingan Semakin Rancak

Piala Malaysia 2014 : Persaingan Semakin Rancak

Walaupun Piala Malaysia edisi 2014 baru bermain 2 perlawanan, namun kehangatannya di kalangan 16 pasukan bertanding semakin hebat untuk disaksikan.

Juara bertahan, Pahang; skuad kejor yob kejor, Perak dan juara Liga Perdana, PDRM menjadi calon pilihan untuk ke pusingan berikutnya selepas mereka mengumpul 6 mata maksimum bagi menduduki tangga teratas kumpulan masing masing iaitu A,B dan D.

Anak-anak buah Zainal Abidin Hassan dilihat mempamer aksi konsisten dalam 2 perlawanan awal dengan menundukkan JDT II (4-0) dan Lions XI (2-1) di gelanggang keramat di Stdm Jln Besar selasa lepas.
Manakala Perak mengejutkan ramai pihak apabila mampu menewaskan Kedah dan Sarawak dalam dua perlawanan berturut-turut.

Pasukan sang saka biru, PDRM pula terus mengekalkan corak permainan menarik walaupun ditinggalkan bekas jurulatih Dollah Salleh. Rabu lepas mereka memalukan skuad gergasi, Selangor di stadium shah alam dengan keputusan 2-0 hasil jaringan ayam tambatan Ashfaq Ali dan Chad Souza.

Pusingan ketiga akan berlangsung malam ini yang antaranya akan melibatkan pertemuan Pahang-Felda, Terengganu-Perak, dan Pulau Pinang-JDT

Thursday, 7 August 2014

PRA PIALA AFF SUZUKI 2014 - PERLAWANAN PERSHABATAN PERTAMA

PRA PIALA AFF SUZUKI 2014 


PERLAWANAN PERSHABATAN PERTAMA 


Tajikistan adalah pasukan pilihan Malaysia bagi Ujian pemanas badan sebelum menentang Jordan (info FAM). Dikhabarkan tempoh perjalanan pasukan kita ke tempat lawan memakan masa 24 jam. Nampaknya ini lah ujian sulung dihadapi mereka.


Ayuh MALAYSIA ! Kasi tentang esok habis habisan!!



#info dan gambar di atas adalah Dari website FAM dan FB FAM. 

Wednesday, 6 August 2014

PRA PIALA AFF SUZUKI 2014 - DOLLAH SALLEH UJI PEMAIN LAMA


Senarai 23 pemain yang dibawa Dollah Salleh ke Tajikistan.
* Bunyamin Umar digantikan dengan Ronny Harun akibat kecederaan

Coach Harimau Malaya, Dollah Salleh akan menguji pemain lama sedia ada bagi perlawanan persahabatan menentang Tajikistan esok akibat kesuntukan masa.

Ini bermakna nama-nama besar seperti safiq rahim, safee sali, matyo, khairul fahmi, mahali dan aidil zafuan serta amri yahyah masih lagi diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebangsaan menjelang AFF 2014 di Singapura bulan November nanti.

Turut dipanggil kembali adalah tonggak benteng negara pada AFF 2010 iaitu Muslim Ahmad yang tenggelam selepas keluar dari kem Harimau Muda A di bawah bimbingan datuk OKS. Penjaga gol muda skuad Tok Gajah, Khairul Azhan juga disenaraikan bersama-sama pemain sayap lincah, R Gopinathan.

Walaubagaimanapun, tempat mereka masih belum selamat kerana Dollah Salleh akan menilai prestasi para pemain lama dan baru pada aksi Piala Malaysia yang dijadualkan membuka tirai minggu depan.

Beliau turut mengekalkan Aidil Zafuan sebagai kapten untuk perlawanan esok.

PRA AFF SUZUKI CUP 2014

AFF SUZUKI CUP 2014

Undian telah pun berlaku, di mana pasukan kita berada di KUMPULAN B. Walau apa pun smoking an padu Rakyat jelata tetap utuh bersama mu MALAYSIA !


Tuesday, 5 August 2014

PRA - AFF SUZUKI CUP 2014

AFF SUZUKI CUP 2014

Pasukan kita akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Tajikistan dan Jordan sebelum bermula AFF SUZUKI CUP nanti.
Tajikistan berada di kedudukan ke 124 dunia manakala Jordan di tangga ke 63. Dan ini adalah kisah perlawanan pemanas badan kita.

Berbalik pada cerita piala AFF ini pula, beban Dollah Salleh agak berat dimana pasukan jiran kita hampir semua berlatih di luar negara masing-masing demi kejohanan ini. Mereka tidak pandang remeh temasya dwi tahuanan ini. 

Sebagai kesimpulan nya, kita harap dan berdoa pasukan kita akan berikan persembahan terbaik pada kejohanan ini. Menjadi juara 2014 ini mungkin pengubat kepada jatuhnya prestasi pasukan Komenwel kita. 

AFF SUZUKI CUP 2014

AFF SUZUKI CUP 2014



Temasya kali ini kemungkinan Akan berdepan cabaran hebat berbanding perlawanan sebelum ini. Kali ini pasukan kita di ketuai oleh Aidil Zafuan. Jurulatih baru Harimau Malaya, Dollah Salleh diharap dapat memberi ramuan istimewa pada pasukan negara dalam hadapi pasukan lawan kelak. Dan kepada para pemain pula diharap beri saingan kuat dan semangat juang tinggi.

Sebagai persediaan Temasya 2014 ini, Malaysia telah memilihTajikistan sebagai pemanas badan sebelum sepak mula nanti. 

Venue bersama: Singapura dan Vietnam 
Tarikh: 22 November 2014

Sunday, 2 March 2014

Penyudah Harimau Malaya Tumpul


Aksi pertama Harima Malaya di bawah kendalian OKS dilihat tumpul di jentera serangan walaupun mempunyai beberapa peluang terbaik sepanjang perlawanan ketika bertemu Filipina di Stdm Selayang malam tadi.

Dalam perlawanan ini, OKS memilih untuk menurunkan Bobby Gonzalez dalam aksi pertamanya di peringkat antarabangsa bagi bergandingan dengan pemain berpengalaman Safee Sali di bahagian serangan. Namun, baik Bobby ataupun Safee, kedua-duanya gagal meyakinkan OKS untuk diturunkan dalam perlawanan sebenar menetang Yaman rabu ini.
Walaubagaimanapun, OKS tidak perlu risau kerana beliau masih mempunyai Mat Yo yang 'direhatkan' malam tadi.

Kombinasi di bahagian tengah agak baik melalui gandingan Nazrin Nawi - Safiq Rahim - Hafiz Kamal - Amri Yahyah kerana berjaya menguasai tempo permainan disamping kerap mengasak benteng Filipina melalui 'thru pass' dan hantaran lintang dari kiri dan kanan.
Hafiz Kamal beraksi cemerlang di posisi playmaker dalam caps pertama beliau bersama Harimau Malaya dan ini akan memberikan OKS lebih banyak pilihan kerana beliau turut mempunyai Shakir Shaari, Piya serta Nazmi Faiz untuk diturunkan bila-bila masa.

Benteng pertahanan dilihat kebal menahan serangan walaupun sesekali diuji melalui gerakan pantas pemain Filipina. Amiridzwan Taj berjaya membentuk persefahaman dengan kapten, Aidil Zafuan manakala Zubir Azmi dan Mahali utuh menyekat pemain sayap lawan di bahagian kiri dan kanan.
OKS juga sempat menguji gandingan Fadhli Shas dan Asrarudin Putra di hujung separuh masa kedua.

Di posisi penjaga gol, Khairul Azhan yang memperolehi caps pertama beberapa kali berjaya menggagalkan percubaan Filipina walaupun agak gugup di awal permainan.

Keseluruhannya, penulis melihat skuad OKS seimbang di posisi penjaga gol, pertahanan dan tengah tetapi masih gagal mencari formula terbaik di jentera serangan.

Peluang masih ada untuk OKS menurunkan 11 pemain terbaik bagi memburu kemenangan ketika melawan Yaman nanti seterusnya mencerahkan harapan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

"Selamanya Harimau Malaya"

Thursday, 13 February 2014

Keputusan Suku Akhir Piala FA (Pusingan Pertama)


Johor DT 3 - 1 Kedah
14' Amri Yahyah
21' Hariss Harun
23' Billy Mehmet
92' Luciano Figueroa

PDRM 1 - 1 Pahang
13' Chad Souza
77' Matias Conti

Kelantan 3 - 2 PKNS FC
3' Badhri Radzi
20' Patrick Ronaldinho
42' Tg. Hasbullah
75' Shakir Ali
83' Kim Dongchen

Felda United FC 0 - 0 Sarawak

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


JDT berjaya mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Kedah hasil jaringan Amri Yahyah, Hariss Harun dan Luciano Figueroa manakala gol saguhati Kedah diperolehi melalui Billy Mehmet.

Izham Tarmizi yang pertama kali diturunkan di posisi penjaga gol membalas kepercayaan diberikan apabila cemerlang sepanjang 90 minit perlawanan. Begitu juga dengan Fadhli Shas, Safee Sali dan Matyo yang beraksi baik.

Walaubagaimanapun, perlawanan tersebut sedikit dicacatkan dengan insiden 3 kad merah kepada Fazly Mazlan (JDT), Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan Syazwan Zainon (Kedah).

Di Paroi, Pahang terpaksa berhempas pulas apabila hanya mampu seri 1-1 menentang PDRM yang dibimbing oleh bekas 'sifu' mereka, Dollah Salleh. PDRM terlebih dahulu mengejutkan skuad Tok Gajah melalui jaringan Chad Souza sebelum Matias Conti menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

* Pusingan kedua akan berlangsung 18.02.2014 (selasa depan).

Monday, 10 February 2014

Preview - Piala FA. PDRM VS PAHANG

PIALA FA | SUKU AKHIR PERTAMA PDRM vs. Pahang 11 Februari 2014 (Selasa) 8.45 malam
(Siaran Lansung di RTM1).
Stdm Tunku Abdul Rahman, Paroi.

Tiada istilah sentimental dalam diri Dollah Salleh menjelang pertemuan antara Pahang - PDRM malam ini.

Walaupun memori beliau menjulang piala Malaysia bersama skuad Tok Gajah tahun lalu masih segar, ia sedikitpun tidak akan menghalang misi beliau untuk memimpin PDRM menundukkan skuad pantai timur di Paroi.

Bagi anak buah Ronald Smith pula, mereka pastinya berwaspada kerana segala 'rahsia' sudah pasti berada dalam tangan Dollah Salleh.

Untuk perlawanan malam ini, pasukan Tok Gajah berkemungkinan besar akan turun tanpa tonggak tempatan iaitu Azammuddin @ Alex kerana kecederaan ketika bertemu JDT jumaat lalu. Begitupun, ia seharusnya bukan masalah besar kerana Ronald Smith sudah boleh menggunakan khidmat R. Surendren mahupun 'Kawan Budak Pekan' @ Fauzi Roslan sebagai pengganti.

Kembalinya pemain bertubuh sasa, Dickson Nwakaeme juga akan memberi lebih banyak pilihan di bahagian serangan seterusnya memungkinkan Matias Conti direhatkan.

Jika Ronald Smith merancang untuk merehatkan salah seorang tonggak di bahagian pertahanan sama ada Damion Stewart, Zesh Rehman atau Razman Roslan, sudah pasti 'orang lama' iaitu Jalaludin Jaafar, Saifulnizam @ Poyeng dan Shahrizan Salleh bersedia untuk menggalas tugas tersebut.

Hanya kekurangan pilihan di jentera tengah sedikit menggusarkan penyokong Tok Gajah kerana masih perlu bergantung kepada kreativiti dan kerajinan Hafiz Kamal dan Azidan Sarudin sahaja sambil dibantu Faizol Hussain.

Namun kelebihan menjaringkan gol di tempat lawan tetap menjadi misi utama skuad Tok Gajah seterusnya menjamin kemaraan ke separuh akhir nanti.

Pusingan kedua suku akhir akan berlangsung di Stdm Darul Makmur 18 Februari depan.

Ayuh kita ke stadium...!!!

#SayNoToHooligan

Sunday, 9 February 2014

Piala FA - Suku Akhir

Piala FA suku akhir ini akan berlangsung perlawanan timbal-balik. Suku akhir pertama akan berlangsung pada 11 Feb (Selasa) ini dan manakala suku akhir kedua pada 18 Feb (Selasa) ini.

Good Luck semua team yang terlibat. Hidup MSL ! Support local football !

Piala FA - Suku Akhir

Harimau Muda Pamer Aksi Melawan Ikat "MU"

Para pemain Harimau Muda A yang turun melawan 'MU'.
(Picture credit to Penyokong Bolasepak Melaka)


Skuad Harimau Muda lulus ujian sulung ketika bertemu pasukan MU (Melaka United) di Stdm Hang Jebat dengan keputusan 1-1 malam kelmarin.

Anak buah OKS mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir permainan hasil jaringan pemain tinggi lampai, Kenny Pallraj.

Ia adalah perlawanan persahabatan pertama HMA dalam rangka persiapan untuk beraksi di Liga Queensland Australia bermula Mac depan.

Tanpa sebilangan tonggak utama yang berhijrah dan dilepaskan, OKS terpaksa memerah keringat untuk membentuk kembali kekuatan pasukan Harimau Muda terutamanya dalam kesebelasan utama.

Boleh dikatakan bahawa OKS mempunyai tugas berat tetapi tidak mustahil untuk menamakan kesebelasan utama yang setanding dengan skuad sebelum ini. Antara nama-nama yang dilihat bakal menjadi pilihan OKS sebagai tonggak pasukan adalah seperti pertahanan tengah Shahrul Saad dan Wan Amirzafran; pemain serba boleh Saarvindran, Azrif Nasrulhaq dan Ariff Farhan; pemain tengah Saiful Ridzuwan dan Adam Nor serta pemain serangan Syahrul Azwari, Ferris Danial dan Ridzuan Abdunloh.

Dalam perlawanan kelmarin, OKS juga memberi peluang kepada muka baru untuk bermain seperti Amirul Hisyam, Faizat Ghazali, Wan Amirul Afiq, K Satish dan Arif Anwar bagi tujuan mencari keserasian dan persefahaman antara pemain lama dan baru.

1st eleven:
Farhan,
Azrif, Shahrul (c), Amirzafran, Qayyum,
Sarvin, Saiful, Amirul Hisyam, Ridzuan,
Ferris, Faizat.

Pemain gantian:
Raphi Azizan > Azrif
GK Damien Lim > Farhan AB
Muzammel > Ridzuan Abdunloh
Kenny Pallraj > Saarvindran
Wan Amirul Afiq > Amirul Hisyam
Adam Nor > Saiful
K Satish > Ferris
Arif Anwar > Faizat
Ariff Farhan > Qayyum

Saturday, 8 February 2014

Keputusan MSL 8 Feb 2014

Keputusan Liga Super

Perak 2 Vs Kelantan 1
12' Sukri Hamid 78' Khairul Asyraf Sahizah, 55' Shawky Yazid

Sime Darby 1 Vs Selangor 2
2' Failee Mohamad Ghazali, 40' 85' Paulo Rangel

T Team 2 - ATM 2
13' Azlan 90' Khairan Ezuan Razali, 40' Norfazly Alias 63' Bruno Martelotto

Lion XII 0 - Terengganu 0

Keputusan friendly Liga FAM
Melaka 1 - HMA 1 (Kenny Pallaraj)

Tok Gajah Mengamuk di Darulmakmur


Pahang 3 - 2 Johor Darul Ta'zim

13' Matias Conti
45+1' Pablo Aimar
48' Fauzi Roslan
72' Safee Sali
90+2' Hafiz Kamal



Skuad Tok Gajah menamatkan rentetan kekalahan dua kali berturut-turut apabila menewaskan 'musuh ketat' JDT dengan jaringan 3-2 di Kuantan malam tadi.



Walaupun anak buah Ronald Smith 2 kali berjaya mendahului Harimau Selatan, mereka terpaksa menunggu sehingga ke minit-minit akhir masa kecederaan melalui tandukan tipis pemain terbaik perlawanan (pilihan penulis), Hafiz Kamal.



Perlawanan ini boleh dikatakan perlawanan terbaik sepanjang bermulanya liga Malaysia 2014 dengan kedua-dua pasukan saling mengasak bagi memburu jaringan.



Pahang mendapat jaringan semangat seawal minit ke-13 hasil jaringan ayam tambatan dari Argentina, Matias Conti yang menerima umpanan cantik Hafiz Kamal dari garisan tengah padang.



Walaubagaimanapun, seorang lagi pemain import dari Argentina iaitu Pablo Aimar tidak ketinggalan untuk mencatat nama sebagai penjaring gol apabila menghasilkan sepakan lencong menarik sebelum tamat separuh masa pertama. "World class goal from world class player bagi penulis".



Bersambung separuh masa kedua, Pahang tidak menunggu lama untuk mengasak gawang JDT dan membuahkan hasil menambah jaringan pada minit ke-48 oleh Fauzi Roslan (Kawan Budak Pekan) apabila bijak memanfaatkan peluang terhidang di depan pintu gol.



JDT yang dikejutkan oleh kecederaan menimpa Pablo Aimar tidak berputus asa bagi menyamakan kedudukan. Pemain gantian yang juga penyerang kebangsaan Safee Sali berjaya menceriakan penyokong JDT apabila bijak menanduk masuk sepakan percuma Safiq Rahim @ Copot di minit ke-72.



Perlawanan yang berlangsung agak tegang antara pemain kedua-dua pasukan menyebabkan pengadil sibuk mengawal situasi supaya tidak berlaku kejadian lebih buruk.



Sorakan dan laungan tanpa henti hampir 90 minit daripada kira-kira 30,000 pemain ke-12 Tok Gajah di Darulmakmur akhirnya berbaloi juga menyaksikan Hafiz Kamal tenang menyambut lambungan Azidan Sarudin bagi mengekalkan rekod cemerlang Pahang di Kuantan.



#hogohpahanghogoh
#thisIsDarulMakmur
#noYolnoProblem

Friday, 7 February 2014

Pablo Aimar

Sepakan cantik dari Aimar

Keputusan Perlawanan

Perlawanan telah berlangsung malam ini:

Liga Super

PKNS 0 Vs Sarawak 2 ,
9' Milorad 16' Gabor

Pahang 3 Vs JDT 2
13' Mantias Conti 47' Fauzi Roslan 90' Hafiz Kamal, 45' Pablo Aimar 72' Safee Sali


Liga Perdana

Negeri Sembilan 2 Vs Felda 1
21' Effa 32' Siva, 68' Indra

PDRM 1 Vs Sabah 0
Sabree Mat Abu

Pulau Pinang 1 Vs UiTM 0
11' Kin Hoon Lee

JDT II 1 Vs Perlis 0
90' See Kok Luen

Perlawanan 07 Feb 2014

Perlawanan yang akan berlangsung malam ini:

Liga Super

  1. PKNS Vs Sarawak
  2. Pahang Vs JDT I


Liga Perdana

  1. DRB Hicom Vs KL SPA
  2. PDRM Vs Sabah
  3. Negeri Sembilan Vs Felda
  4. Kedah VS PBAPP
  5. Pulau Pinang Vs UiTM
  6. JDT II Vs Perlis

Wednesday, 5 February 2014

Piala FA - Pusingan ke 2

Jadual Suku Akhir ~ 11 & 18 Feb...

Kelantan lwn Pkns FC
Felda United FC lwn Sarawak
Johor DT/T-TEAM lwn Kedah
Pdrm lwn Pahang

Keputusan Penuh Pusingan Ke-2:
Selasa, 4 Feb....
Pkns FC 2 - 1 TERENGGANU
(37' Patrick Ronaldinho, 48' Ismail Faruqi, 79' Karlo Primorac)

Kelantan 2 - 1 Sabah
(45' Shawky, 55' Roslin, 90 +5' Shakir Ali)

Kedah 4 - 0 Perlis
(44' Billy Mehmet, 54' Adam Griffiths, 63' Baddrol Bakhtiar, 90' Khyril Muhymeen)

PBAPP 0 - 2 PDRM
(66"Chad Souza, 69' Boby Gonzalez)

Sime Darby FC 0 - 1 Felda United FC
(84' Zah Rahan)

Selangor 0 - 1 Sarawak
(33' Zamri Morshidi)

Sabtu, 1 Feb...
LionsXII 1 - 2 Pahang (FT)
(51' Hafiz Kamal, 55' Azidan Sarudin; 86' Safuwan Baharuddin)

Johor DT 2 - 1 T-TEAM
(15', 20' Luciano; 29' Marzuki Yusof)
Status: PERLAWANAN DI ANTARA JDT [2] VS [1] T-TEAM DITANGGUHKAN SEHINGGA PIHAK FAM AKAN MEMBUAT KEPUTUSAN MELALUI MESYUARAT YANG AKAN DIADAKAN PADA HARI KHAMIS, 6 FEB. PUKUL 10:00 PAGI DI WISMA FAM.

Wednesday, 22 January 2014

Piala FA - Pusingan 1

Keputusan memang Selangor ke atas skuad HMC 2 berbalas 0 memang sudah di jangka. Gol Selangor dijaring kan oleh 52' Rangel dan 72' Junior. Jadi perlawanan mereka ini adalah perlawanan terakhir melengkapan pusingan pertama Piala FA YANG MELIBATKAN 30 PASUKAN KESEMUANYA.

HMC 0 - 2 SELANGOR

Tuesday, 21 January 2014

Piala FA : Pasukan pilihan ATM pulang awal

Pasukan underdog Sime Darby FC mengejutkan pasukan pilihan ATM dengan kemenangan 2-1 di Stdm Selayang malam tadi manakala T-Team hampir dimalukan oleh UiTM FC apabila hanya mampu menang 3-2 walaupun selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama. Walaupun hanya dibarisi oleh mahasiswa, UiTM FC yang bermain di laman sendiri tetap bersemangat untuk memberi tentangan sengit kepada T-Team yang dikemudi oleh Azrai Khor Abdullah.

Jaguh pantai timur, Terengganu mudah menumpaskan kelab Shahzan Muda dari Pahang dengan jaringan 4-0 sambil pasukan PKNS FC menundukkan JDT II dengan keputusan 3-2 dalam satu perlawanan sengit antara kedua-dua pasukan.

Di stadium Hang Jebat, pasukan tuan rumah yang bermain di Liga FAM iaitu Melaka United @ 'MU' menerima nasib kurang baik apabila tunduk kepada pasukan liga perdana Perlis dengan jaringan 1-2. Dengan sokongan hampir 10,000 penyokong, 'MU' tetap gagal mempamerkan aksi terbaik mereka.

Sementara itu, pasukan Tok Gajah yang baru merangkul piala Sumbangsih terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua apabila hanya menang hasil penentuan sepakan penalti 5-4 ke atas Perak di Ipoh. Perak yang menurunkan sebahagian pemain dari skuad presiden mereka mempamerkan aksi bertenaga dan mengagumkan di hadapan penyokong sendiri hampir mencemaskan anak buah Ronald Smith apabila mengikat keputusan 2-2 sepanjang 120 minit perlawanan. Mungkin masih dibuai kejayaan sabtu lepas, skuad tok gajah dilihat kurang menyengat terutamanya di jentera tengah apabila seringkali gerakan mereka mudah dipatahkan oleh pemain muda Perak. Namun, pemain pertahanan Tok Gajah iaitu Saifulnizam Miswan @ Poyeng menjadi wira apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir bagi menempah slot ke pusingan kedua bertemu Lions XII.

Lain-lain pasukan pilihan terutamanya dari Liga Super seperti Sarawak dan Lions XII berjaya layak ke pusingan kedua. Begitu juga dengan Felda United, Kedah, Sabah dan PBAPP tiada masalah menewaskan lawan masing-masing. 

Perlawanan pusingan kedua akan berlangsung pada 4 Februari depan.

"Ayuh sama-sama ke stadium menyokong pasukan kesayangan kita"


Laluan Piala FA

Tinggal perlawanan antara HMC dan Selangor untuk melengkapkan pusingan pertama Piala FA.

AYUH !!

Keputusan Piala FA

Berikut adalah keputusan Piala FA yang berlangsung semalam:

PKNS 3 – 2 JDT II

Sarawak 2 – 1 P. Pinang
77’ Alireza Abbasfard, ET’ Milorad Janjus (SAR)
90’ Mohd Baser (PP)

Terengganu 4 – 0 Shahzan Muda
11’ 42’ Marcio, 37’ Abdul Manaf, 77’ Zairo

Lion XII 3 – 0 DRB
27’ Suffian, 53’ Gabriel, 90’ Faris

ATM 1 – 2 Sime Darby
14’, 85’ Mahmoud (SIME)
66’ Rezal (ATM)

Melaka 1 – 2 Perlis
42’ Rashid
35’, 51’ Farizal Rozali

UiTM 2 – 3 T Team

Kuantan FA 0 – 1 Sabah
Marwan (Import)

Negeri Sembilan 0 – 1 Felda
72’ Shukor Adan

Kedah 4 – 0 K.Lumpur

(P.Pinang) PBAPP 2 – 0 (Sabah) Cebagoo
Ravindran, Faiz Nasir

Perak 2 – 2 Pahang (Pahang menang dengan sepakan penaliti)
8’ Alex, 90’ Damion Steward
12’ hardi, 45’ Zayar win (import)

PDRM 1 – 0 KL SPA
72’ Ali Ashfaq (import)


Sunday, 19 January 2014

Pusingan Pertama Piala FA 2014


Piala FA 2014 akan membuka tirai bermula esok, 21 Januari 2014 dengan finalis tahun lepas iaitu Kelantan dan Johor DT diberi 'bye' pada pusingan pertama.

Perlawanan adalah kalah mati di mana pemenang akan layak ke pusingan kedua. Antara perlawanan menarik untuk disaksikan adalah yang melibatkan pasukan liga Perdana dan FAM iaitu Melaka-Perlis, Pulau Pinang-Sarawak dan pasukan bintang liga perdana Felda-Negeri Sembilan.


Pasukan manakah yang menjadi pilihan anda untuk layak ke pusingan seterusnya..??

Keputusan Liga Super 2014

Keputusan Liga Super, 18 Januari 2014

Terengganu 2 - 1 PKNS
18' Hamka (PKNS)
22', 66' Mamadou (TER)

Kelantan 2 - 1 Sime Darby
8' Fazli (SDA)
60', 81' (p) Ghaddar (KEL)

ATM 2 - 0 Sarawak
16' Marlon, 35' C. Jayaselan

JDT 2 - 0 Perak
39' Amri, 88' Figueroa

Selangor 2 - 0 T Team
65', 72' Paulo Rangel

Tuah tuan rumah nampaknya membuahkan hasil. dan Paulo Rangel sebagai penjaring terbanyak kali ini.

Viva Selangor!

Friday, 17 January 2014

Tirai Liga M di Buka

Kecemerlangan pasukan Pahang diteruskan oleh jurulatih baru mereka Ronald Smith. Pahang yang dapat menewaskan Lions XII 1 – 0 di Kuantan malam tadi. Kehadiran penyokong yang memenuhi stadium adalah sebagai petanda positif kepada Tok Gajah malah kepada Liga Malaysia sendiri bagi memeriahkan industri bola sepak tanah air.
Kali terakhir Pahang memenangi Piala Sumbangsih pada '93 - sumber wiki

Jaringan malam tadi




Tuesday, 7 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Kami ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014 kepada semua visitor blog ini. Maaf kerana admin semua agak sibuk dengan urusan masing-masing buat masa ini. Kami akan cuba update post terbaru sempena Liga Malaysia 2014 yang akan bermula tidak lama lagi, inshaa Allah.

Majulah Sukan untuk Negara...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...