Pahang 3 - 2 Johor Darul Ta'zim
13' Matias Conti
45+1' Pablo Aimar
48' Fauzi Roslan
72' Safee Sali
90+2' Hafiz Kamal
Skuad Tok Gajah menamatkan rentetan kekalahan dua kali berturut-turut apabila menewaskan 'musuh ketat' JDT dengan jaringan 3-2 di Kuantan malam tadi.
Walaupun anak buah Ronald Smith 2 kali berjaya mendahului Harimau Selatan, mereka terpaksa menunggu sehingga ke minit-minit akhir masa kecederaan melalui tandukan tipis pemain terbaik perlawanan (pilihan penulis), Hafiz Kamal.
Perlawanan ini boleh dikatakan perlawanan terbaik sepanjang bermulanya liga Malaysia 2014 dengan kedua-dua pasukan saling mengasak bagi memburu jaringan.
Pahang mendapat jaringan semangat seawal minit ke-13 hasil jaringan ayam tambatan dari Argentina, Matias Conti yang menerima umpanan cantik Hafiz Kamal dari garisan tengah padang.
Walaubagaimanapun, seorang lagi pemain import dari Argentina iaitu Pablo Aimar tidak ketinggalan untuk mencatat nama sebagai penjaring gol apabila menghasilkan sepakan lencong menarik sebelum tamat separuh masa pertama. "World class goal from world class player bagi penulis".
Bersambung separuh masa kedua, Pahang tidak menunggu lama untuk mengasak gawang JDT dan membuahkan hasil menambah jaringan pada minit ke-48 oleh Fauzi Roslan (Kawan Budak Pekan) apabila bijak memanfaatkan peluang terhidang di depan pintu gol.
JDT yang dikejutkan oleh kecederaan menimpa Pablo Aimar tidak berputus asa bagi menyamakan kedudukan. Pemain gantian yang juga penyerang kebangsaan Safee Sali berjaya menceriakan penyokong JDT apabila bijak menanduk masuk sepakan percuma Safiq Rahim @ Copot di minit ke-72.
Perlawanan yang berlangsung agak tegang antara pemain kedua-dua pasukan menyebabkan pengadil sibuk mengawal situasi supaya tidak berlaku kejadian lebih buruk.
Sorakan dan laungan tanpa henti hampir 90 minit daripada kira-kira 30,000 pemain ke-12 Tok Gajah di Darulmakmur akhirnya berbaloi juga menyaksikan Hafiz Kamal tenang menyambut lambungan Azidan Sarudin bagi mengekalkan rekod cemerlang Pahang di Kuantan.
#hogohpahanghogoh
#thisIsDarulMakmur
#noYolnoProblem
No comments:
Post a Comment