nuffnang top

Wednesday, 6 August 2014

PRA PIALA AFF SUZUKI 2014 - DOLLAH SALLEH UJI PEMAIN LAMA


Senarai 23 pemain yang dibawa Dollah Salleh ke Tajikistan.
* Bunyamin Umar digantikan dengan Ronny Harun akibat kecederaan

Coach Harimau Malaya, Dollah Salleh akan menguji pemain lama sedia ada bagi perlawanan persahabatan menentang Tajikistan esok akibat kesuntukan masa.

Ini bermakna nama-nama besar seperti safiq rahim, safee sali, matyo, khairul fahmi, mahali dan aidil zafuan serta amri yahyah masih lagi diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebangsaan menjelang AFF 2014 di Singapura bulan November nanti.

Turut dipanggil kembali adalah tonggak benteng negara pada AFF 2010 iaitu Muslim Ahmad yang tenggelam selepas keluar dari kem Harimau Muda A di bawah bimbingan datuk OKS. Penjaga gol muda skuad Tok Gajah, Khairul Azhan juga disenaraikan bersama-sama pemain sayap lincah, R Gopinathan.

Walaubagaimanapun, tempat mereka masih belum selamat kerana Dollah Salleh akan menilai prestasi para pemain lama dan baru pada aksi Piala Malaysia yang dijadualkan membuka tirai minggu depan.

Beliau turut mengekalkan Aidil Zafuan sebagai kapten untuk perlawanan esok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...