PIALA FA | SUKU AKHIR
PERTAMA PDRM vs. Pahang 11 Februari 2014 (Selasa) 8.45 malam
(Siaran
Lansung di RTM1).
Stdm
Tunku Abdul Rahman, Paroi.
Tiada
istilah sentimental dalam diri Dollah Salleh menjelang pertemuan antara Pahang
- PDRM malam ini.
Walaupun
memori beliau menjulang piala Malaysia bersama skuad Tok Gajah tahun lalu masih
segar, ia sedikitpun tidak akan menghalang misi beliau untuk memimpin PDRM
menundukkan skuad pantai timur di Paroi.
Bagi
anak buah Ronald Smith pula, mereka pastinya berwaspada kerana segala 'rahsia'
sudah pasti berada dalam tangan Dollah Salleh.
Untuk
perlawanan malam ini, pasukan Tok Gajah berkemungkinan besar akan turun tanpa
tonggak tempatan iaitu Azammuddin @ Alex kerana kecederaan ketika bertemu JDT
jumaat lalu. Begitupun, ia seharusnya bukan masalah besar kerana Ronald Smith
sudah boleh menggunakan khidmat R. Surendren mahupun 'Kawan Budak Pekan' @
Fauzi Roslan sebagai pengganti.
Kembalinya
pemain bertubuh sasa, Dickson Nwakaeme juga akan memberi lebih banyak pilihan
di bahagian serangan seterusnya memungkinkan Matias Conti direhatkan.
Jika
Ronald Smith merancang untuk merehatkan salah seorang tonggak di bahagian
pertahanan sama ada Damion Stewart, Zesh Rehman atau Razman Roslan, sudah pasti
'orang lama' iaitu Jalaludin Jaafar, Saifulnizam @ Poyeng dan Shahrizan Salleh
bersedia untuk menggalas tugas tersebut.
Hanya
kekurangan pilihan di jentera tengah sedikit menggusarkan penyokong Tok Gajah
kerana masih perlu bergantung kepada kreativiti dan kerajinan Hafiz Kamal dan
Azidan Sarudin sahaja sambil dibantu Faizol Hussain.
Namun
kelebihan menjaringkan gol di tempat lawan tetap menjadi misi utama skuad Tok
Gajah seterusnya menjamin kemaraan ke separuh akhir nanti.
Pusingan
kedua suku akhir akan berlangsung di Stdm Darul Makmur 18 Februari depan.
Ayuh
kita ke stadium...!!!
#SayNoToHooligan
No comments:
Post a Comment