![]() |
Para pemain Harimau Muda A yang turun melawan 'MU'. (Picture credit to Penyokong Bolasepak Melaka) |
Skuad Harimau Muda lulus ujian sulung ketika bertemu pasukan MU (Melaka United) di Stdm Hang Jebat dengan keputusan 1-1 malam kelmarin.
Anak buah OKS mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir permainan hasil jaringan pemain tinggi lampai, Kenny Pallraj.
Ia adalah perlawanan persahabatan pertama HMA dalam rangka persiapan untuk beraksi di Liga Queensland Australia bermula Mac depan.
Tanpa sebilangan tonggak utama yang berhijrah dan dilepaskan, OKS terpaksa memerah keringat untuk membentuk kembali kekuatan pasukan Harimau Muda terutamanya dalam kesebelasan utama.
Boleh dikatakan bahawa OKS mempunyai tugas berat tetapi tidak mustahil untuk menamakan kesebelasan utama yang setanding dengan skuad sebelum ini. Antara nama-nama yang dilihat bakal menjadi pilihan OKS sebagai tonggak pasukan adalah seperti pertahanan tengah Shahrul Saad dan Wan Amirzafran; pemain serba boleh Saarvindran, Azrif Nasrulhaq dan Ariff Farhan; pemain tengah Saiful Ridzuwan dan Adam Nor serta pemain serangan Syahrul Azwari, Ferris Danial dan Ridzuan Abdunloh.
Dalam perlawanan kelmarin, OKS juga memberi peluang kepada muka baru untuk bermain seperti Amirul Hisyam, Faizat Ghazali, Wan Amirul Afiq, K Satish dan Arif Anwar bagi tujuan mencari keserasian dan persefahaman antara pemain lama dan baru.
Farhan,
Azrif, Shahrul (c), Amirzafran, Qayyum,
Sarvin, Saiful, Amirul Hisyam, Ridzuan,
Ferris, Faizat.
Pemain gantian:
Raphi Azizan > Azrif
GK Damien Lim > Farhan AB
Muzammel > Ridzuan Abdunloh
Kenny Pallraj > Saarvindran
Wan Amirul Afiq > Amirul Hisyam
Adam Nor > Saiful
K Satish > Ferris
Arif Anwar > Faizat
Ariff Farhan > Qayyum
No comments:
Post a Comment