Piala Malaysia 2014 : Persaingan Semakin Rancak
Walaupun Piala Malaysia edisi 2014 baru bermain 2 perlawanan, namun kehangatannya di kalangan 16 pasukan bertanding semakin hebat untuk disaksikan.
Walaupun Piala Malaysia edisi 2014 baru bermain 2 perlawanan, namun kehangatannya di kalangan 16 pasukan bertanding semakin hebat untuk disaksikan.
Juara bertahan, Pahang; skuad
kejor yob kejor, Perak dan juara Liga Perdana, PDRM menjadi calon pilihan untuk
ke pusingan berikutnya selepas mereka mengumpul 6 mata maksimum bagi menduduki
tangga teratas kumpulan masing masing iaitu A,B dan D.
Anak-anak buah Zainal Abidin
Hassan dilihat mempamer aksi konsisten dalam 2 perlawanan awal dengan
menundukkan JDT II (4-0) dan Lions XI (2-1) di gelanggang keramat di Stdm Jln
Besar selasa lepas.
Manakala Perak mengejutkan
ramai pihak apabila mampu menewaskan Kedah dan Sarawak dalam dua perlawanan
berturut-turut.
Pasukan sang saka biru, PDRM
pula terus mengekalkan corak permainan menarik walaupun ditinggalkan bekas
jurulatih Dollah Salleh. Rabu lepas mereka memalukan skuad gergasi, Selangor di
stadium shah alam dengan keputusan 2-0 hasil jaringan ayam tambatan Ashfaq Ali
dan Chad Souza.
Pusingan ketiga akan
berlangsung malam ini yang antaranya akan melibatkan pertemuan Pahang-Felda,
Terengganu-Perak, dan Pulau Pinang-JDT
No comments:
Post a Comment