nuffnang top

Thursday, 12 February 2015

Perlawanan Liga Perdana minggu ke-2

Perlawanan Liga Perdana akan bersambung pada minggu ini yang dijadualkan pada 13/02/2015, Jumaat (hari ini).

Jadual perlawanan adalah seperti berikut:

NS Matrix vs UiTM FC
Kuantan FA vs Kedah
Sabah vs DRB Hicom
KL SPA vs JDT II
T-Team vs Pulau Pinang
Kuala Lumpur vs PKNS FC

Mampukah Kuantan FA memberi saingan kepada Kedah yang garang membelasah KL SPA minggu lepas...

Adakah Pulau Pinang akan mempamerkan persembahan yang lebih baik setelah dipaksa berhempas pulas pada perlawanan pertama...

Admin tidak sabar untuk menyaksikan kelibat bintang Sabah, El-Hadji Diouf merobek gawang DRB Hicom sebenarnya...

Ayuh kita ke stadium...!!!

Sunday, 8 February 2015

Harimau Muda Julang Piala Bangabadhu


Pasukan bawah 22 tahun negara menjuarai Piala Bangabadhu setelah berjaya menundukkan Bangladesh dengan jaringan 3-2 malam tadi.

Anak-anak buah Razip Ismail mempamerkan semangat juang tinggi, tidak mudah mengaku kalah dan tidak gentar walaupun bermain di hadapan lebih kurang 25,000 penyokong lawan.

Faizat Ghazali menjadi wira pasukan negara apabila tandukannya pada minit-minit akhir permainan menerjah jaring hasil sepakan sudut Mohd Syazwan.

Sebelum itu skuad muda negara lebih awal mendahului Bangladesh hasil jaringan cantik sepakan percuma kapten, Nazirul Naim. Sepakan lencong kaki kiri beliau menerjah sudut atas kiri gawang yang gagal diselamatkan penjaga gol.

Pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol kedua negara melalui jaringan Kumaahran yang tenang menyempurnakan peluang setelah menerima umpanan cantik daripada Mohd Syazwan. Ia adalah jaringan peribadi kedua penyerang berumur 18 tahun tersebut dalam kejohanan ini.

Harapan peminat negara untuk melihat lebih banyak gol pada babak kedua meleset apabila Bangladesh pula mendominasi permainan dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh masa yang singkat. 

Ternyata taktik jurulatih mereka yang menumpukan kepada set-piece membuahkan hasil setelah memperolehi gol pertama daripada lontaran jauh dari tepi padang. Gol kedua pula diperolehi melalui tandukan kencang dari hantaran sepakan sudut dari sebelah kiri gawang negara.

Tanpa kelibat sayap lincah Syahrul Azwari yang tidak diturunkan akibat kecederaan, barisan serangan negara sedikit tumpul terutamanya menghampiri penghujung permainan. Kemasukan seorang lagi pemain sayap, Ridzuan Abdunlah yang menggantikan Kumaahran juga gagal memberi impak seperti diharapkan.

Namun, barisan muda negara yang dalam fasa persediaan menghadapi Sukan Sea di Singapura jun nanti tidak mudah berputus asa dan akhirnya Faizat berjaya menjaringkan gol kemenangan bagi memusnahkan harapan ribuan penyokong tuan rumah.

Coach Razip Ismail seharusnya bangga dengan persembahan anak-anak buahnya dalam kejohanan ini kerana mereka telah mempamerkan permainan yang berkualiti dan bermutu tinggi. Kejohanan ini amat penting kepada skuad muda negara sebagai medan menimba pengalaman apatah lagi bermain di hadapan ribuan penyokong.

Sudah tentu coach OKS juga gembira kerana sebahagian besar pemain-pemain ini akan dibawa beliau ke Singapura nanti dalam misi meraih pingat emas seperti yang ditetapkan FAM baru-baru ini.

"Tanah Tumpahnya Darahku"

Pulau Pinang, Kedah Mula Langkah Kanan


Pasukan Pulau Mutiara dan Kedah meraih 3 mata penuh dalam perlawanan sulung Liga Perdana 2015 kelmarin. Walaubagaimanapun, kemenangan Pulau Pinang bukanlah mudah kerana mereka hanya memperolehi gol melalui jaringan sendiri pemain Kuantan FA, Lee Kwang Hyeon pada separuh masa kedua.

Biarpun memberi tentangan sengit sehingga ke akhir permainan, barisan penyerang Kuantan FA tetap gagal menembusi gawang Pulau Pinang dan seterusnya pulang dengan tangan kosong dari stadium bandaraya.


Sementara itu, Kedah pula mudah menewaskan KL SPA, 5-1 di stadium darul aman. Kemenangan besar itu diperolehi hasil jaringan Hanif Md. Dzahir, Baddrol Bakhtiar, Keith M Nah (2 gol) dan Chidi Edeh. Namun Kedah tidak boleh terlalu selesa dengan kemenangan besar itu kerana KL SPA bukanlah pasukan utama dalam saingan memburu kejuaraan Liga Perdana.

Sementara itu, juara Liga FAM musim lalu Kuala Lumpur gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri di stadium merdeka apabila tewas dengan jaringan 2-0 kepada Sabah. Bekas penyerang sensasi Liverpool dan Bolton, El Hadji Diouf menjaringkan salah satu gol melalui sepakan penalti.

Walaubagaimanapun, keadaan padang yang teruk sedikit merencatkan kualiti permainan mereka. Nampaknya isu padang masih lagi menjadi topik hangat Liga Malaysia sejak dari dulu lagi.

Lain-lain pasukan yang turut meraih 3 mata penuh adalah PKNS FC yang menundukkan T-Team, 2-0; NS Matrix membenam DRB-Hicom, 2-0; serta JDT II menewaskan UiTM FC, 2-1.

The Gladiators Tumbang di Paroi


Pasukan bimbingan coach B. Sathianathan, ATM gagal memungut 3 mata penuh apabila tewas 2-0 kepada The Red Warrior, TRW meskipun bermain dengan kelebihan seorang pemain di Paroi.

Pakar sepakan percuma, Mohd. Nor Hazrul menjaringkan gol pertama Kelantan apabila sepakannya mengelirukan penjaga gol ATM, Syed Adney. Barisan serangan ATM yang diketuai oleh Matyo dan Palacios gagal menembusi benteng TRW yang dikawal kemas pemain berpengalaman berumur 36 tahun, Nor Hafiz Zamani Misbah.

Kelantan yang sudah membuat 3 pertukaran seawal bermula separuh masa kedua bermain 10 orang setelah Brendan Gan terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan lutut. Namun ia tidak mematahkan semangat juang pemain TRW sebaliknya terus menambah gol kedua melalui penyerang import, Carillo.

Usaha ATM untuk merapatkan kedudukan dengan memasukkan Hai-O dan Fadzli Shaari tetap buntu mencari gol sehingga tamat perlawanan.

Saturday, 7 February 2015

KEPUTUSAN LIGA SUPER

KEPUTUSAN LIGA SUPER

Pelbagai keluhan dan tidak kurangnya cadangan dari peminat tanah air setelah tirai malam pertama Liga Super malam tadi. Ada yang masih juangkan nasib pasukan negeri yang tidak mahu perubahan, cerita pemain import yang sama level dengan pemain tempatan. Ada yang mengatakan segala rungutan dan ketidak puashati perlu di salurkan ke channel yang betul. ahhh mungkin mereka sudah penat.
Penyokong dan pemain Selangor berputih mata apabila tidak dapat mengekang kehebatan pasukan tuan rumah di Terangganu. Red Giant supporters bersemangat memenuhi sebahagian tempat duduk hanya mampu melihat Teranggau menjaringkan 2 gol.
Jumlah gol kedua terbanyak selepas Lion XII vs PDRM ialah Felda United menentang Sarawak iaitu 6 gol. Keputuasan seri 3 sama ini adalah amat memeritkan setelah Felda hampir pasti mendapat 3 mata penuh untuk perlawanan sulung mereka. Tetapi dimusnahkan tanpa belas kasihan oleh Shahrol Saperi pada min 90.
Hanya pada min 28, Perak dapat menjaringkan gol pertama oleh Nurridzuan Abu Hassan. Perak pada musim ini bertekad untuk menjadi pasukan yang digeruni setelah berhempas pulas pada musim yang lalu. Tidak cukup dengan 1 gol, ianya ditambah oleh Namkung Woong pada min 86.
Akhirnya Perak 2 dan Sime Darby 0.
Rata-rata ramai yang memuji pemain import TRW, Erwin Carrillo. Dan ada juga yang bandingkan kerajinan beliau dengan pemain JDT, Jorge Pereyra Díaz. Pemain import juga yang banyak menyumbang gol pada semua perlawanan malam ini. aduh! TRW yang bermain 10 pemain telah pun menyempurnakan perlawanan sehabis baik dengan dapatkan jaringan 2 berbalas 0.
Kelantan 2 - ATM 0
Di negeri Temasik pula, 5 gol dijaringkan oleh Lion XII. Bermain di padang tiruan dikatakan beri advantage pada anak-anak muda Temasik ini. Come-back yang hendak di buat oleh PDRM tidak capai kenyataan. Hanya dapat memberi 3 gol. Hatrik oleh PDRM import player, Dramane Traore.
 
Kesimpulan nya, perjuangan masih diteruskan. Duka, sedih, gembira adalah makanan bola sepak. Ayuh kita sokong pasukan kita!


TERENGGANU…2 SELANGOR…0
Ismail Faruqi m-37  
Gustavo Lopez m-72  
   
FELDA UNITED…3 SARAWAK…3
Bojan Miladinovic m-35 Billy Mehmet m-13
Makechr Dumba m-47 Hairol Mokhtar m-76
Edward Junior Wilson m-88 Shahrol Saperi m-90
PERAK…2 SIME DARBY…0
Nurridzuan Abu Hassan m-28  
Namkung Woong m-84  
ATM…0 KELANTAN…2
  Hazrul Mustafa m-13
  Erwin Carrillo m-62
LION XII…5 PDRM…3
Gabriel Quak m21 Dramane Traore 
Faris Ramli m-44 m68, m-79(pen), m-89
Izzdin Shafiq m-48  
Hafiz Sujad m-56  
Sahil Suhaimi m-66  

Friday, 6 February 2015

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA PERDANA

Dari pemerhatian saya, penyokong siber pasukan Kedah telah memberikan statistic yang baik kepada peminat negeri mereka di halaman FB. Di mana membuat rumusan para pemain mereka dengan:
  • shot on goal, 
  • shots off goal, 
  • woodwork (bola terkena palang tiang gol)
  • pass completed dan 
  • pass not completed. 

Menarik bukan?

KEDAH.....................5
KL SPA..................1
Mohd Hanif Dzahir, m-23,
Chukwubuna, m-68
Keith M Nah, m-48,50,

Baddrol Bakhtiar, m-61,

Chidi Edeh,m-90

PULAU PINANG..............1
KUANTAN FA......0
Lee Kwang-Hyun,m-58

KUALA LUMPUR..................0
SABAH....................2
El Hadji Diouf, m-45

Safuan Adli, m-55

PKNS FC..............................2
T-TEAM....................0
Gonzalo Manuel Soto,m-55,

Munir Amran, m-58

DRB HICOM.......................1
N SEMBILAN ...........3
M Sidid,m-25
Jean Marc Alexandre, m-16,

Francis Forkey Doe, m-48

G Puaneswaran,m-78
UiTM FC......................1
JDT ll.................2
Alam Shah,m-56
Shahril Ishak,m-10,

C Velazquez, m-82
**Sumber: Berita Harian

Kedah berpesta gol di halaman sendiri. Di ikuti oleh pasukan Negeri Sembilan, Sabah, PKNS dan JDT ll

Ayuh kita sokong pasukan kita !!

Thursday, 5 February 2015

SAINGAN LIGA PERDANA 2015 BERMULA PETANG INI


Saingan Liga Perdana Malaysia bagi musim 2015 akan bermula pada petang ini melibatkan 12 pasukan negeri dan kelab.

Tumpuan sudah tentunya akan difokuskan kepada pasukan yang boleh dianggap sebagai pilihan iaitu Pulau Pinang atau digelar sebagai "Harimau Kumbang" yang akan menentang pendatang baru dalam saingan utama Liga Malaysia, Kuantan FA dari Pahang.

Pulau Pinang yang dibarisi pemain berpengalaman antaranya penjaga gol, Remezey Che Ros, Yong Kuong Yong, Mafry Balang, See Kok Luen, Faiz Subri serta penyerang Failee Ghazali sudah tentunya mengidamkan 3 mata penuh apatah lagi akan bermain di hadapan penyokong sendiri di Stdm Bandaraya.

Namun begitu, keupayaan Kuantan FA harus diberi perhatian kerana mereka merupakan naib juara Liga FAM musim lalu. Pasukan yang dilatih oleh coach Aminudin Hussin ini boleh dianggap sebagai underdog bagi mencabar pasukan-pasukan yang lebih handal.

Pasukan Kedah juga adalah pasukan yang tidak boleh dipandang rendah kerana mereka telah membuat persiapan rapi dengan objektif utama untuk kembali ke Liga Super musim depan. Walaupun kehilangan penyerang kesayangan iaitu Khyril Muhymeen, pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe tetap berbisa dengan kepulangan Shakir Ali ke pangkuan negeri asalnya.

Satu lagi pasukan pilihan pada pandangan admin adalah JDT II. Ini berdasarkan kepada senarai pemain-pemain seperti tonggak pertahanan import Baihakki Khaizan, Sharil Ishak, Zaquan Adha, Faizol Hussein serta bekas kapten Harimau Muda A, Irfan Fazail.

Ayuh semua penyokong, kita ke stadium berhampiran untuk memberi sokongan kepada pasukan bolasepak kita.!!!

Jadual Minggu Ini, 6/2/2015 (Jumaat):

PKNS FC vs T-TEAM
P. PINANG vs KUANTAN FA
SPA FC vs KEDAH
UiTM FC vs JDT II
DRB HICOM vs NS MATRIX
K.LUMPUR vs SABAH

Wednesday, 4 February 2015

Liga Juara - Juara AFC - Kalah-Mati

Pengulas TV9 mendapat pujian dari peminat bola tanah air. Ulasan yang lahir dari hati, tidak klise dan kata-kata yang kadang seram dan humor membuatkan peminta terhibur.

Apa-apa pun taniah pasukan JDT yang dapat menewaskan Bengaluru FC dengan jaringan 2 berbalas 1 gol. Perubahan tahun 2015 ini sudah menampakkan hasil nya. Ramai sudah penonton di stadium dan penyiar TV tempatan juga sudah mula membuat siaran langsung. (Unifi pun boleh tengok lah ! hihi)

Ultras dan penyokong tegar negeri masing-masing telah pun bertambah dan mula memberi sokongan padu pada pasukan mereka. Walaubagaimana pun, untuk establish culture penyokong yang disiplin agak memakan masa tetapi negara kita ke arah itu buat masa ini.

Ayuh kita sokong pasukan kita !!

credit to: Johor Southern Tigers FB


**Liverpool menang yey!

Tuesday, 3 February 2015

JDT Julang Piala Sumbangsih 2015


Johor Darul Takzim (JDT) berjaya menumpaskan juara bertahan, Pahang 2-0 di stadium Tan Sri Hasan Yunus, Larkin dalam perlawanan yang lebih banyak dikuasai oleh pasukan Harimau Selatan itu.

Tonggak pertahanan import JDT, Marcos Antonio berjaya menanduk masuk gol pertama hasil dari set-piece menarik sepakan surut yang diambil oleh kapten mereka, Safiq Rahim.

Jentera serangan JDT dilihat lebih merbahaya dan banyak melakukan gerakan-gerakan pantas untuk mengelirukan barisan pertahanan skuad Tok Gajah yang diketuai oleh Razman Roslan.

Bersambung babak kedua, Pahang bermula baik apabila cuba memecah masuk kubu JDT menerusi sayap kiri dan kanan iaitu Gopinathan serta Fauzi Roslan. Namun cubaan mereka mudah dipatahkan benteng lawan.

JDT menghancurkan sisa harapan Pahang apabila mereka memperolehi gol kedua melalui tandukan Luis Figueroa, juga hasil daripada sepakan sudut.

Keputusan 2-0 kekal sehingga ke akhir perlawanan.

Saturday, 31 January 2015

Pembukaan Liga Bola Sepak Malaysia

Apa yang saya maksudkan adalah Piala Sumbangsih. 

Pembukaan liga bola sepak Malaysia di mula kan dengan perlawanan pasukan himpunan pemain bintang iaitu JDT dan pasukan terkuat dari pantai timur - Pahang. 
Usaha Penambah baik kan stadium dari segi pengawasan penonton, sistem tiket, mutu padang, dan banyak lagi telah menyuburkan liga kita. Itu lah tempat mereka bertemu di stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu, Dan harap pasukan negeri lain akan mengikut jejak murni ini. 

Walau apa pun, malam ini, JDT memberi pertunjukkan posisi yang baik, hantaran yang sempurna diterjemahkan pada gol pada minit yang ke 37 oleh Marcos Antiono Elias Santos dan minit 58 yang ke Luciano Figueroa Serangan Harimau Selatan adalah dari kesungguhan crossing, short passed yang kemas dan ball possession. 

Ketajaman Pasukan Tok Gajah serba tidak kena. Control ball dari team Pahang juga kurang. Tetapi adakah kekemasan short pass dari pasukan JDT membantutkan Pahang untuk control game. Support dari mid field kurang maka Gopi kurang menyengat di hadapan gol JDT. Dan dari pasukan Pahang di harap lebih kuat dari sokongan mid field kanan dan kiri bagi memberi tekanan pada tahanan JDT adalah meleset sekali. Adakah ini disebabkan ketiadaan Alex di barisan serangan mereka. 




Ini lah bola sepak. Di seluruh dunia sama cerita nya....kemeriahan hanya baru bermula. Ayuh kita semua menyokong satu hati menyokong liga kita. Sokongan padu kita dapat membantu bola sepak kita di hormati di mata Dunia...

Kancah bola sepak kita sudah bermula. Ayuh kita rasai Nya bersama - Abu Bakar Atan..

#Diharap wak am & alex sihat cepat sembuh....
#Gambar oleh Along JB. TQ 

Thursday, 29 January 2015

Preview Perlawanan Piala Sumbangsih 2015


Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 pada sabtu ini di antara JDT dan Pahang yang juga pembuka tirai Liga Super boleh lah dianggap sebagai ulangan perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lalu.

Pasukan JDT sudah pasti mahukan kemenangan seterusnya membalas dendam kekalahan dalam final tersebut lebih-lebih lagi apabila akan beraksi di hadapan penyokong sendiri nanti.

Sementara pasukan Tok Gajah pula lebih selesa dianggap sebagai underdog namun tetap inginkan kemenangan untuk dijadikan tonik terbaik permulaan musim ini.

Jika dilihat susun atur para pemain kedua-dua pasukan juga, kelebihan adalah kepada JDT kerana himpunan pemain-pemain kebangsaan tempatan dan import. Musim ini sahaja mereka membawa masuk 6 pemain baru bagi menambah kekuatan yang sedia ada.


Dari penjaga gol sehingga penyerang, JDT mampu untuk menurunkan dua pasukan yang seimbang kekuatannya di semua posisi pada satu-satu masa.

Berlainan pula dengan Pahang yang hanya bergantung kepada kesebelasan hampir sama dalam setiap perlawanan sambil dibantu boleh beberapa orang pemain simpanan. 


Namun, faktor utama kekuatan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan ini adalah  persefahaman yang tinggi disebabkan majoriti pemain mereka sudah bersama sejak 3 hingga 4 musim yang lalu.

Samada kemenangan kepada JDT atau Pahang, admin mengharapkan suatu perlawanan yang menarik, seimbang dan bersih akan ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan.

Barisan pilihan:
JDT (4-4-2) - Farizal; Asrarudin, Marcos, Fadhli, Mahali; Nazrin, Safiq, Harris, Amri; Figueroa, Diaz.

Pahang (4-4-2) - Azhan; Shahrizan, Zesh, Stewart, Razman; Gopi, Azidan, Hafiz, Surendren; Conti, Dickson.

Wednesday, 28 January 2015

Preview Liga Super 2015


Liga Super 2015 akan membuka tirai pada sabtu ini bermula dengan perlawanan antara JDT dan Pahang di Larkin.

Manakala perlawanan pasukan-pasukan lain akan bermula pada sabtu minggu hadapan.

Liga Super musim ini masih mengekalkan bilangan pasukan yang sama seperti tahun lepas iaitu sebanyak 12 pasukan negeri dan kelab.

Antara pasukan yang dilabel sebagai pilihan untuk menjuarai Liga Super tahun ini sudah tentunya juara bertahan JDT, Pahang, Terengganu, dan juga juara Liga Perdana 2014 PDRM. Walaubagaimanapun, kelibat pasukan-pasukan lain tidak harus dipandang rendah kerana masing-masing telah membuat persiapan rapi.

Senarai pasukan:
1. JDT
2. Pahang
3. Terengganu
4. PDRM
5. Felda United
6. Kelantan
7. Selangor
8. ATM
9. Perak
10. Sarawak
11. Sime Darby
12. Lions XI

Demam Liga Malaysia Musim 2015 Kembali


Para peminat bolasepak tempatan sudah pasti tidak sabar untuk menyaksikan pasukan-pasukan kesayangan mereka turun beraksi dalam Liga Malaysia pada musim 2015 ini.

Sebagai permulaan, juara Piala FA dan Piala Malaysia musim lalu iaitu Pahang akan bertemu juara Liga Super 2014, JDT dalam perlawanan pembuka tirai Piala Sumbangsih pada sabtu ini.

Perlawanan ini juga akan dikira sebagai perlawanan pertama Liga Super 2015 yang mana pemenang akan membawa pulang 3 mata selain Piala Sumbangsih.

Pasukan JDT semestinya dilabel sebagai pilihan kerana dibarisi pemain-pemain kebangsaan dan berstatus bintang. Manakala skuad Tok Gajah kendalian coach Zainal Abidin Hassan pula lebih selesa sebagai pasukan underdog yang mampu membuat kejutan di Larkin nanti.

Menarik untuk kita saksikan perlawanan sabtu ini. Ayuh para penyokong, berdiri teguh di belakang pasukan anda...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...