nuffnang top

Tuesday, 3 February 2015

JDT Julang Piala Sumbangsih 2015


Johor Darul Takzim (JDT) berjaya menumpaskan juara bertahan, Pahang 2-0 di stadium Tan Sri Hasan Yunus, Larkin dalam perlawanan yang lebih banyak dikuasai oleh pasukan Harimau Selatan itu.

Tonggak pertahanan import JDT, Marcos Antonio berjaya menanduk masuk gol pertama hasil dari set-piece menarik sepakan surut yang diambil oleh kapten mereka, Safiq Rahim.

Jentera serangan JDT dilihat lebih merbahaya dan banyak melakukan gerakan-gerakan pantas untuk mengelirukan barisan pertahanan skuad Tok Gajah yang diketuai oleh Razman Roslan.

Bersambung babak kedua, Pahang bermula baik apabila cuba memecah masuk kubu JDT menerusi sayap kiri dan kanan iaitu Gopinathan serta Fauzi Roslan. Namun cubaan mereka mudah dipatahkan benteng lawan.

JDT menghancurkan sisa harapan Pahang apabila mereka memperolehi gol kedua melalui tandukan Luis Figueroa, juga hasil daripada sepakan sudut.

Keputusan 2-0 kekal sehingga ke akhir perlawanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...