nuffnang top

Thursday, 29 January 2015

Preview Perlawanan Piala Sumbangsih 2015


Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 pada sabtu ini di antara JDT dan Pahang yang juga pembuka tirai Liga Super boleh lah dianggap sebagai ulangan perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lalu.

Pasukan JDT sudah pasti mahukan kemenangan seterusnya membalas dendam kekalahan dalam final tersebut lebih-lebih lagi apabila akan beraksi di hadapan penyokong sendiri nanti.

Sementara pasukan Tok Gajah pula lebih selesa dianggap sebagai underdog namun tetap inginkan kemenangan untuk dijadikan tonik terbaik permulaan musim ini.

Jika dilihat susun atur para pemain kedua-dua pasukan juga, kelebihan adalah kepada JDT kerana himpunan pemain-pemain kebangsaan tempatan dan import. Musim ini sahaja mereka membawa masuk 6 pemain baru bagi menambah kekuatan yang sedia ada.


Dari penjaga gol sehingga penyerang, JDT mampu untuk menurunkan dua pasukan yang seimbang kekuatannya di semua posisi pada satu-satu masa.

Berlainan pula dengan Pahang yang hanya bergantung kepada kesebelasan hampir sama dalam setiap perlawanan sambil dibantu boleh beberapa orang pemain simpanan. 


Namun, faktor utama kekuatan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan ini adalah  persefahaman yang tinggi disebabkan majoriti pemain mereka sudah bersama sejak 3 hingga 4 musim yang lalu.

Samada kemenangan kepada JDT atau Pahang, admin mengharapkan suatu perlawanan yang menarik, seimbang dan bersih akan ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan.

Barisan pilihan:
JDT (4-4-2) - Farizal; Asrarudin, Marcos, Fadhli, Mahali; Nazrin, Safiq, Harris, Amri; Figueroa, Diaz.

Pahang (4-4-2) - Azhan; Shahrizan, Zesh, Stewart, Razman; Gopi, Azidan, Hafiz, Surendren; Conti, Dickson.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...