nuffnang top

Thursday, 5 February 2015

SAINGAN LIGA PERDANA 2015 BERMULA PETANG INI


Saingan Liga Perdana Malaysia bagi musim 2015 akan bermula pada petang ini melibatkan 12 pasukan negeri dan kelab.

Tumpuan sudah tentunya akan difokuskan kepada pasukan yang boleh dianggap sebagai pilihan iaitu Pulau Pinang atau digelar sebagai "Harimau Kumbang" yang akan menentang pendatang baru dalam saingan utama Liga Malaysia, Kuantan FA dari Pahang.

Pulau Pinang yang dibarisi pemain berpengalaman antaranya penjaga gol, Remezey Che Ros, Yong Kuong Yong, Mafry Balang, See Kok Luen, Faiz Subri serta penyerang Failee Ghazali sudah tentunya mengidamkan 3 mata penuh apatah lagi akan bermain di hadapan penyokong sendiri di Stdm Bandaraya.

Namun begitu, keupayaan Kuantan FA harus diberi perhatian kerana mereka merupakan naib juara Liga FAM musim lalu. Pasukan yang dilatih oleh coach Aminudin Hussin ini boleh dianggap sebagai underdog bagi mencabar pasukan-pasukan yang lebih handal.

Pasukan Kedah juga adalah pasukan yang tidak boleh dipandang rendah kerana mereka telah membuat persiapan rapi dengan objektif utama untuk kembali ke Liga Super musim depan. Walaupun kehilangan penyerang kesayangan iaitu Khyril Muhymeen, pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe tetap berbisa dengan kepulangan Shakir Ali ke pangkuan negeri asalnya.

Satu lagi pasukan pilihan pada pandangan admin adalah JDT II. Ini berdasarkan kepada senarai pemain-pemain seperti tonggak pertahanan import Baihakki Khaizan, Sharil Ishak, Zaquan Adha, Faizol Hussein serta bekas kapten Harimau Muda A, Irfan Fazail.

Ayuh semua penyokong, kita ke stadium berhampiran untuk memberi sokongan kepada pasukan bolasepak kita.!!!

Jadual Minggu Ini, 6/2/2015 (Jumaat):

PKNS FC vs T-TEAM
P. PINANG vs KUANTAN FA
SPA FC vs KEDAH
UiTM FC vs JDT II
DRB HICOM vs NS MATRIX
K.LUMPUR vs SABAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...