Tanggal 29hb bakal menjadi perlawanan
tumpuan. Johor Darul Takzim (JDT) menentang Kelantan FA (TRW). Kelantan bertandang ke Stadium
Bukit Jalil untuk mempertahankan Piala FA edisi yang lalu. Tetapi JDT mempunyai
misi yang lebih penting untuk menamatkan kemarau piala sejak 90-an lagi.
Yang terbaharu, pemain JDT Aidil Zafuan dikenakan
kad merah oleh pengadil Zam Zaidi di stadium jalan besar sabtu lalu.
Secara ‘rules’ Aidil akan tidak bermain untuk dua perlawanan selepas ini. Iaitu JDT
menentang Felda malam ini dan TRW sabtu depan. JDT akan menghantar surat rayuan
kepada FAM untuk mempertimbangkan hukuman terhadap Aidil. Lebih menyeksakan JDT bakal
kehilangan separuh daripada pemain bagi menentang Felda malam ini.
Jika imbas kembali final yang lalu,
Kelantan juga mengalami kisah yang sama di mana Norfarhan tidak dapat bermain
di final setelah mengutip dua kad kuning. Saya percaya penyokong Kelantan memohon
pengadilan daripada FAM dalam hal ini.
Di sini saya melihat bagaimana kedua-dua
pasukan menyusun pemain & strategi untuk diturunkan sabtu ini. Pemain juga
harus ada sifat ingin menang dan melawan yang tinggi. Kemudian bermain dengan
kemas dan tersusun sehingga minit terakhir perlawanan.
No comments:
Post a Comment