nuffnang top

Tuesday, 25 June 2013

kelantan gah menjelang aksi final 29hb ini...



Perlawanan akhir piala FA bertemu JDT yang dijadualkan sabtu ini tidak menghalang kelantan daripada terus mempamerkan aksi terbaik dalam aksi ke-20 liga super apabila menewaskan skuad tok gajah 2-0 (jaringan piya dan zamri ramli) malam tadi di kota bharu.

Walaupun turun tanpa penyerang kembar indra putra dan dickson nwakaeme yang direhatkan, pasukan the red warrior (TRW) masih mampu mendominasi perlawanan malah boleh berpesta jaringan jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol pahang, khairul azhan ataupun kegopohon barisan depan mereka sendiri menyudahkan peluang terhidang yang diketuai oleh norfarhan dan fakri saarani sambil dibantu faiz subri dan zamri ramli masing-masing di sayap kiri dan kanan.

Playmaker dan kapten marvel, piya (man of the match) sekali lagi berada dalam kelas sendiri apabila hantaran atau lorongannya acapkali mengkucar-kacirkan benteng pahang yang tempang tanpa kelibat 1st choice centerback - razman roslan dan damion stewart.

Jaringan pertama oleh piya sejurus sebelum rehat dengan rembatan cantik dari luar kotak penalti ditambah dengan jaringan zamri ramli pada separuh masa kedua sudah cukup untuk menggembirakan penyokong tuan rumah yang pada siangnya dikejutkan dengan berita tiket final piala FA telah habis dijual.

Pahang pula dilihat bermain di bawah keupayaan sebenar dan hilang arah mungkin disebabkan kekalahan mengejut 1-2 di gelanggang sendiri kepada perak sabtu lalu. Tanpa tonggak utama di bahagian tengah iaitu amirulhadi @ yol, jentera serangan mereka yang turut kehilangan azzamudin @ alex - masing2 akibat penggantungan dan kecederaan - nampak tidak bermaya dan kekeringan idea. Hanya aksi bertenaga benteng terakhir, khairul azhan mampu melegakan sedikit penyokong pahang yang dilihat masih menangisi kekalahan kepada JDT di separuh akhir piala FA awal bulan ini.

Coach Dollah Salleh harus memikirkan strategi terbaik untuk meneruskan baki 2 aksi liga super menentang ATM dan PKNS sebelum liga super berakhir sabtu depan.

Sementara itu, memetik kata-kata coach bojan hodak 'with one eye to the fa cup final', perlawanan malam tadi boleh dianggap sebagai aksi 'pemanas badan' dengan setiap pemain TRW mengidamkan tempat dalam kesebelasan utama sabtu ini.
Namun bayangan 11 pemain utama sudah boleh dilihat apatah lagi mereka bebas dari sebarang masalah kecederaan dan penggantungan berbanding pasukan lawan iaitu JDT yang akan kehilangan tonggak pertahanan tengah, aidil zafuan gara-gara layangan kad merah sabtu lalu.

Menarik untuk sama-sama kita saksikan............

-ynwa-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...