peminat bola sepak tempatan. menyokong liga-M. Tetapi Liverpool FC adalah pasukan kegemaran.
Thursday, 13 February 2014
Keputusan Suku Akhir Piala FA (Pusingan Pertama)
Johor DT 3 - 1 Kedah
14' Amri Yahyah
21' Hariss Harun
23' Billy Mehmet
92' Luciano Figueroa
PDRM 1 - 1 Pahang
13' Chad Souza
77' Matias Conti
Kelantan 3 - 2 PKNS FC
3' Badhri Radzi
20' Patrick Ronaldinho
42' Tg. Hasbullah
75' Shakir Ali
83' Kim Dongchen
Felda United FC 0 - 0 Sarawak
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JDT berjaya mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Kedah hasil jaringan Amri Yahyah, Hariss Harun dan Luciano Figueroa manakala gol saguhati Kedah diperolehi melalui Billy Mehmet.
Izham Tarmizi yang pertama kali diturunkan di posisi penjaga gol membalas kepercayaan diberikan apabila cemerlang sepanjang 90 minit perlawanan. Begitu juga dengan Fadhli Shas, Safee Sali dan Matyo yang beraksi baik.
Walaubagaimanapun, perlawanan tersebut sedikit dicacatkan dengan insiden 3 kad merah kepada Fazly Mazlan (JDT), Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan Syazwan Zainon (Kedah).
Di Paroi, Pahang terpaksa berhempas pulas apabila hanya mampu seri 1-1 menentang PDRM yang dibimbing oleh bekas 'sifu' mereka, Dollah Salleh. PDRM terlebih dahulu mengejutkan skuad Tok Gajah melalui jaringan Chad Souza sebelum Matias Conti menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.
* Pusingan kedua akan berlangsung 18.02.2014 (selasa depan).
Labels:
Felda United,
Johor DT,
Kedah,
PDRM,
Piala FA 2014,
PKNS FC,
Sarawak
Monday, 10 February 2014
Preview - Piala FA. PDRM VS PAHANG
PIALA FA | SUKU AKHIR
PERTAMA PDRM vs. Pahang 11 Februari 2014 (Selasa) 8.45 malam
(Siaran
Lansung di RTM1).
Stdm
Tunku Abdul Rahman, Paroi.
Tiada
istilah sentimental dalam diri Dollah Salleh menjelang pertemuan antara Pahang
- PDRM malam ini.
Walaupun
memori beliau menjulang piala Malaysia bersama skuad Tok Gajah tahun lalu masih
segar, ia sedikitpun tidak akan menghalang misi beliau untuk memimpin PDRM
menundukkan skuad pantai timur di Paroi.
Bagi
anak buah Ronald Smith pula, mereka pastinya berwaspada kerana segala 'rahsia'
sudah pasti berada dalam tangan Dollah Salleh.
Untuk
perlawanan malam ini, pasukan Tok Gajah berkemungkinan besar akan turun tanpa
tonggak tempatan iaitu Azammuddin @ Alex kerana kecederaan ketika bertemu JDT
jumaat lalu. Begitupun, ia seharusnya bukan masalah besar kerana Ronald Smith
sudah boleh menggunakan khidmat R. Surendren mahupun 'Kawan Budak Pekan' @
Fauzi Roslan sebagai pengganti.
Kembalinya
pemain bertubuh sasa, Dickson Nwakaeme juga akan memberi lebih banyak pilihan
di bahagian serangan seterusnya memungkinkan Matias Conti direhatkan.
Jika
Ronald Smith merancang untuk merehatkan salah seorang tonggak di bahagian
pertahanan sama ada Damion Stewart, Zesh Rehman atau Razman Roslan, sudah pasti
'orang lama' iaitu Jalaludin Jaafar, Saifulnizam @ Poyeng dan Shahrizan Salleh
bersedia untuk menggalas tugas tersebut.
Hanya
kekurangan pilihan di jentera tengah sedikit menggusarkan penyokong Tok Gajah
kerana masih perlu bergantung kepada kreativiti dan kerajinan Hafiz Kamal dan
Azidan Sarudin sahaja sambil dibantu Faizol Hussain.
Namun
kelebihan menjaringkan gol di tempat lawan tetap menjadi misi utama skuad Tok
Gajah seterusnya menjamin kemaraan ke separuh akhir nanti.
Pusingan
kedua suku akhir akan berlangsung di Stdm Darul Makmur 18 Februari depan.
Ayuh
kita ke stadium...!!!
#SayNoToHooligan
Sunday, 9 February 2014
Harimau Muda Pamer Aksi Melawan Ikat "MU"
![]() |
Para pemain Harimau Muda A yang turun melawan 'MU'. (Picture credit to Penyokong Bolasepak Melaka) |
Skuad Harimau Muda lulus ujian sulung ketika bertemu pasukan MU (Melaka United) di Stdm Hang Jebat dengan keputusan 1-1 malam kelmarin.
Anak buah OKS mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir permainan hasil jaringan pemain tinggi lampai, Kenny Pallraj.
Ia adalah perlawanan persahabatan pertama HMA dalam rangka persiapan untuk beraksi di Liga Queensland Australia bermula Mac depan.
Tanpa sebilangan tonggak utama yang berhijrah dan dilepaskan, OKS terpaksa memerah keringat untuk membentuk kembali kekuatan pasukan Harimau Muda terutamanya dalam kesebelasan utama.
Boleh dikatakan bahawa OKS mempunyai tugas berat tetapi tidak mustahil untuk menamakan kesebelasan utama yang setanding dengan skuad sebelum ini. Antara nama-nama yang dilihat bakal menjadi pilihan OKS sebagai tonggak pasukan adalah seperti pertahanan tengah Shahrul Saad dan Wan Amirzafran; pemain serba boleh Saarvindran, Azrif Nasrulhaq dan Ariff Farhan; pemain tengah Saiful Ridzuwan dan Adam Nor serta pemain serangan Syahrul Azwari, Ferris Danial dan Ridzuan Abdunloh.
Dalam perlawanan kelmarin, OKS juga memberi peluang kepada muka baru untuk bermain seperti Amirul Hisyam, Faizat Ghazali, Wan Amirul Afiq, K Satish dan Arif Anwar bagi tujuan mencari keserasian dan persefahaman antara pemain lama dan baru.
Farhan,
Azrif, Shahrul (c), Amirzafran, Qayyum,
Sarvin, Saiful, Amirul Hisyam, Ridzuan,
Ferris, Faizat.
Pemain gantian:
Raphi Azizan > Azrif
GK Damien Lim > Farhan AB
Muzammel > Ridzuan Abdunloh
Kenny Pallraj > Saarvindran
Wan Amirul Afiq > Amirul Hisyam
Adam Nor > Saiful
K Satish > Ferris
Arif Anwar > Faizat
Ariff Farhan > Qayyum
Saturday, 8 February 2014
Keputusan MSL 8 Feb 2014
Keputusan Liga Super
Perak 2 Vs Kelantan 1
12' Sukri Hamid 78' Khairul Asyraf Sahizah, 55' Shawky Yazid
Sime Darby 1 Vs Selangor 2
2' Failee Mohamad Ghazali, 40' 85' Paulo Rangel
T Team 2 - ATM 2
13' Azlan 90' Khairan Ezuan Razali, 40' Norfazly Alias 63' Bruno Martelotto
Lion XII 0 - Terengganu 0
Keputusan friendly Liga FAM
Melaka 1 - HMA 1 (Kenny Pallaraj)
Perak 2 Vs Kelantan 1
12' Sukri Hamid 78' Khairul Asyraf Sahizah, 55' Shawky Yazid
Sime Darby 1 Vs Selangor 2
2' Failee Mohamad Ghazali, 40' 85' Paulo Rangel
T Team 2 - ATM 2
13' Azlan 90' Khairan Ezuan Razali, 40' Norfazly Alias 63' Bruno Martelotto
Lion XII 0 - Terengganu 0
Keputusan friendly Liga FAM
Melaka 1 - HMA 1 (Kenny Pallaraj)
Tok Gajah Mengamuk di Darulmakmur
Pahang 3 - 2 Johor Darul Ta'zim
13' Matias Conti
45+1' Pablo Aimar
48' Fauzi Roslan
72' Safee Sali
90+2' Hafiz Kamal
Skuad Tok Gajah menamatkan rentetan kekalahan dua kali berturut-turut apabila menewaskan 'musuh ketat' JDT dengan jaringan 3-2 di Kuantan malam tadi.
Walaupun anak buah Ronald Smith 2 kali berjaya mendahului Harimau Selatan, mereka terpaksa menunggu sehingga ke minit-minit akhir masa kecederaan melalui tandukan tipis pemain terbaik perlawanan (pilihan penulis), Hafiz Kamal.
Perlawanan ini boleh dikatakan perlawanan terbaik sepanjang bermulanya liga Malaysia 2014 dengan kedua-dua pasukan saling mengasak bagi memburu jaringan.
Pahang mendapat jaringan semangat seawal minit ke-13 hasil jaringan ayam tambatan dari Argentina, Matias Conti yang menerima umpanan cantik Hafiz Kamal dari garisan tengah padang.
Walaubagaimanapun, seorang lagi pemain import dari Argentina iaitu Pablo Aimar tidak ketinggalan untuk mencatat nama sebagai penjaring gol apabila menghasilkan sepakan lencong menarik sebelum tamat separuh masa pertama. "World class goal from world class player bagi penulis".
Bersambung separuh masa kedua, Pahang tidak menunggu lama untuk mengasak gawang JDT dan membuahkan hasil menambah jaringan pada minit ke-48 oleh Fauzi Roslan (Kawan Budak Pekan) apabila bijak memanfaatkan peluang terhidang di depan pintu gol.
JDT yang dikejutkan oleh kecederaan menimpa Pablo Aimar tidak berputus asa bagi menyamakan kedudukan. Pemain gantian yang juga penyerang kebangsaan Safee Sali berjaya menceriakan penyokong JDT apabila bijak menanduk masuk sepakan percuma Safiq Rahim @ Copot di minit ke-72.
Perlawanan yang berlangsung agak tegang antara pemain kedua-dua pasukan menyebabkan pengadil sibuk mengawal situasi supaya tidak berlaku kejadian lebih buruk.
Sorakan dan laungan tanpa henti hampir 90 minit daripada kira-kira 30,000 pemain ke-12 Tok Gajah di Darulmakmur akhirnya berbaloi juga menyaksikan Hafiz Kamal tenang menyambut lambungan Azidan Sarudin bagi mengekalkan rekod cemerlang Pahang di Kuantan.
#hogohpahanghogoh
#thisIsDarulMakmur
#noYolnoProblem
Friday, 7 February 2014
Keputusan Perlawanan
Perlawanan telah berlangsung malam ini:
Liga Super
PKNS 0 Vs Sarawak 2 ,
Liga Super
PKNS 0 Vs Sarawak 2 ,
9' Milorad 16' Gabor
Pahang 3 Vs JDT 2
JDT II 1 Vs Perlis 0
Pahang 3 Vs JDT 2
13' Mantias Conti 47' Fauzi Roslan 90' Hafiz Kamal, 45' Pablo Aimar 72' Safee Sali
Liga Perdana
Negeri Sembilan 2 Vs Felda 1
Liga Perdana
Negeri Sembilan 2 Vs Felda 1
21' Effa 32' Siva, 68' Indra
PDRM 1 Vs Sabah 0
Sabree Mat Abu
PDRM 1 Vs Sabah 0
Sabree Mat Abu
Pulau Pinang 1 Vs UiTM 0
11' Kin Hoon Lee
JDT II 1 Vs Perlis 0
90' See Kok Luen
Perlawanan 07 Feb 2014
Perlawanan yang akan berlangsung malam ini:
Liga Super
Liga Perdana
Liga Super
- PKNS Vs Sarawak
- Pahang Vs JDT I
Liga Perdana
- DRB Hicom Vs KL SPA
- PDRM Vs Sabah
- Negeri Sembilan Vs Felda
- Kedah VS PBAPP
- Pulau Pinang Vs UiTM
- JDT II Vs Perlis
Wednesday, 5 February 2014
Piala FA - Pusingan ke 2
Jadual Suku Akhir ~ 11 & 18 Feb...
Kelantan lwn Pkns FC
Felda United FC lwn Sarawak
Johor DT/T-TEAM lwn Kedah
Pdrm lwn Pahang
Keputusan Penuh Pusingan Ke-2:
Selasa, 4 Feb....
Pkns FC 2 - 1 TERENGGANU
(37' Patrick Ronaldinho, 48' Ismail Faruqi, 79' Karlo Primorac)
Kelantan 2 - 1 Sabah
(45' Shawky, 55' Roslin, 90 +5' Shakir Ali)
Kedah 4 - 0 Perlis
(44' Billy Mehmet, 54' Adam Griffiths, 63' Baddrol Bakhtiar, 90' Khyril Muhymeen)
PBAPP 0 - 2 PDRM
(66"Chad Souza, 69' Boby Gonzalez)
Sime Darby FC 0 - 1 Felda United FC
(84' Zah Rahan)
Selangor 0 - 1 Sarawak
(33' Zamri Morshidi)
Sabtu, 1 Feb...
LionsXII 1 - 2 Pahang (FT)
(51' Hafiz Kamal, 55' Azidan Sarudin; 86' Safuwan Baharuddin)
Johor DT 2 - 1 T-TEAM
(15', 20' Luciano; 29' Marzuki Yusof)
Status: PERLAWANAN DI ANTARA JDT [2] VS [1] T-TEAM DITANGGUHKAN SEHINGGA PIHAK FAM AKAN MEMBUAT KEPUTUSAN MELALUI MESYUARAT YANG AKAN DIADAKAN PADA HARI KHAMIS, 6 FEB. PUKUL 10:00 PAGI DI WISMA FAM.
Kelantan lwn Pkns FC
Felda United FC lwn Sarawak
Johor DT/T-TEAM lwn Kedah
Pdrm lwn Pahang
Keputusan Penuh Pusingan Ke-2:
Selasa, 4 Feb....
Pkns FC 2 - 1 TERENGGANU
(37' Patrick Ronaldinho, 48' Ismail Faruqi, 79' Karlo Primorac)
Kelantan 2 - 1 Sabah
(45' Shawky, 55' Roslin, 90 +5' Shakir Ali)
Kedah 4 - 0 Perlis
(44' Billy Mehmet, 54' Adam Griffiths, 63' Baddrol Bakhtiar, 90' Khyril Muhymeen)
PBAPP 0 - 2 PDRM
(66"Chad Souza, 69' Boby Gonzalez)
Sime Darby FC 0 - 1 Felda United FC
(84' Zah Rahan)
Selangor 0 - 1 Sarawak
(33' Zamri Morshidi)
Sabtu, 1 Feb...
LionsXII 1 - 2 Pahang (FT)
(51' Hafiz Kamal, 55' Azidan Sarudin; 86' Safuwan Baharuddin)
Johor DT 2 - 1 T-TEAM
(15', 20' Luciano; 29' Marzuki Yusof)
Status: PERLAWANAN DI ANTARA JDT [2] VS [1] T-TEAM DITANGGUHKAN SEHINGGA PIHAK FAM AKAN MEMBUAT KEPUTUSAN MELALUI MESYUARAT YANG AKAN DIADAKAN PADA HARI KHAMIS, 6 FEB. PUKUL 10:00 PAGI DI WISMA FAM.
Subscribe to:
Posts (Atom)