nuffnang top

Friday, 28 June 2013

preview final Piala FA : barisan kemungkinan Kelantan dan Johor DT

Hanya tinggal sehari lagi final piala FA antara finalist tahun lepas, Kelantan melawan Johor DT.
Dengan debaran yang semakin hangat di kalangan pemain, jurulatih dan penyokong kedua-dua pasukan, penulis merasakan ada baiknya kita melihat bayangan kesebelasan utama yang akan diturunkan bojan hodak dan fandi ahmad malam esok.

Formasi: boleh dikatakan kedua-dua pasukan menggunakan formasi yang sama iaitu 4-4-2 sebenarnya. Formasi ini dilihat secocok dengan kebanyakan pasukan dalam liga mahupun skuad harimau malaya.


bayangan line-up Kelantan
bayangan line-up Johor DT

Kelantan:
Penjaga gol - rasanya tidak perlu dipersoalkan lagi kredibiliti khairul fahmi @ apex di posisi benteng terakhir. Walaupun dibolosi 4 gol ketika perlawanan separuh akhir menentang terengganu, namun amat sukar untuk penjaga gol simpanan shahrizan ismail merampas posisi beliau.

Pertahanan - posisi ini dilihat semakin baik dan kukuh apatah lagi tidak dibolosi gol dalam dua perlawanan terakhir. pertahanan tengah sudah hampir pasti milik tonggak import obinna nwaneri dan pemain muda yang semakin meningkat naik iaitu nik shahrul azim. Hanya posisi bek kiri & kanan yang masih terbuka perebutan antara daudsu, farisham dan zairul fitri. 

Tengah - di sinilah letaknya kekuatan kelantan melalui peranan yang dimainkan piya selaku playmaker atau perancang dalam menembusi kubu musuh. Hantaran @ lorongan 'through ball' beliau kepada pemain serangan seringkali menghasilkan gol. Tugas piya semakin mudah hasil bantuan diberikan oleh shakir shaari yang bertindak sebagai perisai @ pelindung kepada barisan pertahanan kelantan. Jika berlaku sebarang kecederaan atau penggantungan, kelantan masih boleh mengharapkan zairo anuar dan pemain veteran berpengalaman, k.nanthakumar yang bersedia diturunkan pada bila-bila masa.
Melengkapkan posisi tengah adalah sayap kiri dan kanan yang seperti biasa digalas oleh faiz subri dan norfarhan. Mereka juga mempunyai zamri ramli dan izuan solahudin di bangku simpanan.

Penyerang - tidak syak lagi bahawa ayam tambatan indra putra dan dickson nwakaeme akan mengepalai jentera serangan TRW untuk merobek gawang JDT. Aksi konsisten indra sejak akhir2 ini menepis tanggapan peminat yang mengatakan beliau sudah melepasi zaman kegemilangannya seperti suatu ketika dahulu.

Johor DT:
Penjaga gol - JDT mempunyai 3 orang penjaga gol yang seimbang kekuatan mereka iaitu zamer selamat, al-hafiz hamzah dan zulfadli mohamed. namun, coach fandi dilihat cenderung menurunkan al-hafiz dalam beberapa perlawanan terakhir.

Pertahanan - dengan penggantungan aidil, coach fandi masih belum mengenalpasti siapakah antara muslim, kamarul afiq dan ahmad tharmini yang akan digandingkan untuk pertahanan tengah. jika muslim yang dipilih, diharapkan beliau dapat menampilkan aksi terbaik seperti ketika piala aff 2010 dan sukan sea 2011. Farid ramli di bek kiri dan nazri ahmad di bek kanan adalah calon terbaik untuk menyekat asakan dari bahagian sayap kelantan.

Tengah - playmaker JDT sudah pastinya terletak di bahu andreazinho sambil dibantu oleh safiq rahim di midfield tengah. namun safiq sebenarnya bukan lagi 'safiq 2010' yang kita kenali dahulu. beliau perlu lebih berkeyakinan dan berdisiplin dalam mengemudi bahagian tengah supaya dapat mengimbangi kekuatan piya dan shakir. posisi sayap adalah milik tetap azwan roya dan mungkin norsharul akan bermain di sayap kanan walaupun itu bukanlah posisi kegemaran beliau.

Penyerang - diharapkan fandi ahmad 'berani' untuk mengalih norsharul ke sayap kanan atau kiri bagi 'memberi laluan' kepada safee sali bergandingan dengan nunez di jentera serangan. ini untuk memaksimumkan sebanyak mungkin serangan ke arah gawang kelantan kerana dalam bolasepak, pertahanan yang terbaik adalah dengan menyerang.

perbandingan formasi 4-4-2 yang digunakan kedua-dua pasukan


semoga perlawanan akhir ini akan berlangsung dalam keadaan meriah dan penuh semangan kesukanan tanpa diiringi sebarang kejadian buruk baik kepada pemain, jurulatih mahupun penyokong kedua-dua pasukan.

"may only the best team win"

- ynwa -

Tuesday, 25 June 2013

Juara Liga Super Masih Terbuka

Dengan kedua-dua pasukan mengasak untuk untuk mencipta kemenangan antara perlawanan JDT menentang Felda United malam tadi, pasukan dari pantai timur pula, Kelantan mencetak kemenangan bergaya keatas Pahang, 2 - 0.

Mengulas perlawanan di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, JDT terlepas peluang untuk merampas kedudukan teratas liga super kerana hanya mampu seri 1 sama di laman sendiri.  

Gol JDT hanya dapat dijaringkan pada waktu kedua perlawanan, dimulakan dengan gol oleh Haidin Azman yang dapat menewaskan penjaga gol Felda, Anis Faron Ahmad. Sebelum itu dengan kemasukan Nurul Azwan ternyata dapat membantu JDT di bahagian serangan. Dan 10 minit terakhir Rudie Ramli dapat menyamakan kedudukan sebelum wisel penamat ditiupkan. Gol ini dibantu oleh bekas pemain JDT, Azmi Muslim.

LionXII yang menentang Perak juga berkesudahan dengan seri. Jadi, peluang JDT masih terbuka lagi. Tetapi bekalan semangat sebenarnya terencat dengan keputusan JDT malam tadi. Tetapi saya rasa peminat menagih ramuan ajaib saudara Fandi Ahmad di final sabtu nanti. Dengan keputusan FAM menolak rayuan PBNJ untuk Aidil juga menyumbang kepada pecaturan yang baru kepada JDT. Liga super berbaki 2 perlawanan sebelum menutup tirai. Dan di harap kesemua pasukan liga bersungguh sungguh menpertabatkan pasukan masing masing.

#Taniah kepada pasukan Sarawak menjuari Liga Perdana dan selamat datang kepada Liga Super musim depan! Encang sarawak encang....


kelantan gah menjelang aksi final 29hb ini...



Perlawanan akhir piala FA bertemu JDT yang dijadualkan sabtu ini tidak menghalang kelantan daripada terus mempamerkan aksi terbaik dalam aksi ke-20 liga super apabila menewaskan skuad tok gajah 2-0 (jaringan piya dan zamri ramli) malam tadi di kota bharu.

Walaupun turun tanpa penyerang kembar indra putra dan dickson nwakaeme yang direhatkan, pasukan the red warrior (TRW) masih mampu mendominasi perlawanan malah boleh berpesta jaringan jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol pahang, khairul azhan ataupun kegopohon barisan depan mereka sendiri menyudahkan peluang terhidang yang diketuai oleh norfarhan dan fakri saarani sambil dibantu faiz subri dan zamri ramli masing-masing di sayap kiri dan kanan.

Playmaker dan kapten marvel, piya (man of the match) sekali lagi berada dalam kelas sendiri apabila hantaran atau lorongannya acapkali mengkucar-kacirkan benteng pahang yang tempang tanpa kelibat 1st choice centerback - razman roslan dan damion stewart.

Jaringan pertama oleh piya sejurus sebelum rehat dengan rembatan cantik dari luar kotak penalti ditambah dengan jaringan zamri ramli pada separuh masa kedua sudah cukup untuk menggembirakan penyokong tuan rumah yang pada siangnya dikejutkan dengan berita tiket final piala FA telah habis dijual.

Pahang pula dilihat bermain di bawah keupayaan sebenar dan hilang arah mungkin disebabkan kekalahan mengejut 1-2 di gelanggang sendiri kepada perak sabtu lalu. Tanpa tonggak utama di bahagian tengah iaitu amirulhadi @ yol, jentera serangan mereka yang turut kehilangan azzamudin @ alex - masing2 akibat penggantungan dan kecederaan - nampak tidak bermaya dan kekeringan idea. Hanya aksi bertenaga benteng terakhir, khairul azhan mampu melegakan sedikit penyokong pahang yang dilihat masih menangisi kekalahan kepada JDT di separuh akhir piala FA awal bulan ini.

Coach Dollah Salleh harus memikirkan strategi terbaik untuk meneruskan baki 2 aksi liga super menentang ATM dan PKNS sebelum liga super berakhir sabtu depan.

Sementara itu, memetik kata-kata coach bojan hodak 'with one eye to the fa cup final', perlawanan malam tadi boleh dianggap sebagai aksi 'pemanas badan' dengan setiap pemain TRW mengidamkan tempat dalam kesebelasan utama sabtu ini.
Namun bayangan 11 pemain utama sudah boleh dilihat apatah lagi mereka bebas dari sebarang masalah kecederaan dan penggantungan berbanding pasukan lawan iaitu JDT yang akan kehilangan tonggak pertahanan tengah, aidil zafuan gara-gara layangan kad merah sabtu lalu.

Menarik untuk sama-sama kita saksikan............

-ynwa-

Monday, 24 June 2013

Pra- review final piala FA

Tanggal 29hb bakal menjadi perlawanan tumpuan. Johor Darul Takzim (JDT) menentang Kelantan FA (TRW). Kelantan bertandang ke Stadium Bukit Jalil untuk mempertahankan Piala FA edisi yang lalu. Tetapi JDT mempunyai misi yang lebih penting untuk menamatkan kemarau piala sejak 90-an lagi.

Yang terbaharu, pemain JDT Aidil Zafuan dikenakan kad merah oleh pengadil Zam Zaidi di stadium jalan besar sabtu lalu. Secara ‘rules’ Aidil akan tidak bermain untuk dua perlawanan selepas ini. Iaitu JDT menentang Felda malam ini dan TRW sabtu depan. JDT akan menghantar surat rayuan kepada FAM untuk mempertimbangkan hukuman terhadap Aidil. Lebih menyeksakan JDT bakal kehilangan separuh daripada pemain bagi menentang Felda malam ini.

Jika imbas kembali final yang lalu, Kelantan juga mengalami kisah yang sama di mana Norfarhan tidak dapat bermain di final setelah mengutip dua kad kuning. Saya percaya penyokong Kelantan memohon pengadilan daripada FAM dalam hal ini.


Di sini saya melihat bagaimana kedua-dua pasukan menyusun pemain & strategi untuk diturunkan sabtu ini. Pemain juga harus ada sifat ingin menang dan melawan yang tinggi. Kemudian bermain dengan kemas dan tersusun sehingga minit terakhir perlawanan.

Red Warrior menang besar, JDT diikat lions...

Kelantan sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila membelasah jiran pantai timur, terengganu 4-0 dalam aksi liga super yang kembali bersambung jumaat lepas. Walaupun bermain di kuala terengganu, ia tidak menghalang skuad the red warrior (TRW) mempamerkan aksi bertenaga di depan penyokong lawan di stadium sultan ismail nasirudin shah. Pasukan bimbingan bojan hodak itu mendahului 1-0 di babak pertama melalui jaringan cantik 'kapten marvel' mereka, badri radzi @ piya. Bersambung babak kedua kelantan terus garang membaham skuad penyu dengan menambah 3 lagi jaringan yang dihasilkan oleh penyerang import dickson nwakaeme, norfarhan mohamad dan gol terakhir oleh pemain sayap faiz subri. Kemenangan ini amat penting sebagai tonik terbaik menjelang perlawanan akhir piala FA menentang JDT sabtu ini.

Sementara itu pasukan harimau selatan @ JDT hanya mampu mengutip 1 mata menentang jiran seberang tambak Lions XI di singapura apabila perlawanan berkesudahan seri 1-1. Walaupun JDT terlebih dahulu mengejutkan Lions melalui penyerang tambatan mereka Lionel Nunez, namun Lions tidak berputus asa mengasak di babak kedua dan seterusnya memperolehi jaringan melalui safwan baharudin. Pasukan JDT juga dikejutkan dengan layangan kad merah kepada kapten mereka Aidil Zafuan pada hujung perlawanan. Layangan kad merah ini berkemungkinan besar menyebabkan Aidil terlepas final piala FA. Dengan keputusan seri ini, JDT masih mengekori Lions dalam carta liga super dengan ketinggalan 4 mata.
Anak buah Fandi Ahmad nampaknya harus kembali mengumpul kekuatan untuk perlawanan final piala FA melawan kelantan nanti.

Tanpa Aidil, mampukah benteng JDT yang mungkin diterajui Muslim, Kamarul Afiq & Ahmad Tarmini mengekang jentera serangan TRW yang diterajui oleh Nwakaeme, Indra, Norfarhan, Faiz Subri, Piya mahupun Fakri Saarani....

Benteng kelantan yang diketuai oleh Nik Shahrul & Obinna pula semakin kental dan utuh lebih-lebih lagi JDT terlalu bergantung harap kepada Nunez, Matyo & Awe Roya untuk menghasilkan gol. Safee sali masih mencari-cari sentuhan pemusnah yang pernah menjulang beliau sebagai pemenang kasut emas piala aff 2010.

"only the best team win"....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...