nuffnang top

Sunday, 24 August 2014

Sukan Asia 2014 - Skuad OKS Berdepan Misi Mustahil

Sukan Asia 2014 - Skuad OKS Berdepan Misi Mustahil
___________________________________________

Pasukan Harimau Muda A kendalian OKS yang kini berguru di Liga Perdana Queensland, Australia diundi dalam 'kumpulan maut' bersama tuan rumah, Korea Selatan, Arab Saudi dan Laos.

Ini menyaksikan mereka berdepan misi mustahil untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya sebagai dua pasukan teratas.

Pada edisi 2010, skuad OKS berjaya mara sehingga pusingan 16 terakhir.
OKS dijangka memuktamadkan senarai akhir 25 pemain selepas perlawanan persahabatan menentang China pada 10 September. 


Untuk info, pertandingan ini membenarkan setiap pasukan menyenaraikan 3 orang pemain lebih umur 23 tahun.


Perlawanan pertama dijadualkan bermula 14 September yang melibatkan penyertaan dari 29 pasukan

Piala Malaysia 2014 : Persaingan Semakin Rancak

Piala Malaysia 2014 : Persaingan Semakin Rancak

Walaupun Piala Malaysia edisi 2014 baru bermain 2 perlawanan, namun kehangatannya di kalangan 16 pasukan bertanding semakin hebat untuk disaksikan.

Juara bertahan, Pahang; skuad kejor yob kejor, Perak dan juara Liga Perdana, PDRM menjadi calon pilihan untuk ke pusingan berikutnya selepas mereka mengumpul 6 mata maksimum bagi menduduki tangga teratas kumpulan masing masing iaitu A,B dan D.

Anak-anak buah Zainal Abidin Hassan dilihat mempamer aksi konsisten dalam 2 perlawanan awal dengan menundukkan JDT II (4-0) dan Lions XI (2-1) di gelanggang keramat di Stdm Jln Besar selasa lepas.
Manakala Perak mengejutkan ramai pihak apabila mampu menewaskan Kedah dan Sarawak dalam dua perlawanan berturut-turut.

Pasukan sang saka biru, PDRM pula terus mengekalkan corak permainan menarik walaupun ditinggalkan bekas jurulatih Dollah Salleh. Rabu lepas mereka memalukan skuad gergasi, Selangor di stadium shah alam dengan keputusan 2-0 hasil jaringan ayam tambatan Ashfaq Ali dan Chad Souza.

Pusingan ketiga akan berlangsung malam ini yang antaranya akan melibatkan pertemuan Pahang-Felda, Terengganu-Perak, dan Pulau Pinang-JDT

Thursday, 7 August 2014

PRA PIALA AFF SUZUKI 2014 - PERLAWANAN PERSHABATAN PERTAMA

PRA PIALA AFF SUZUKI 2014 


PERLAWANAN PERSHABATAN PERTAMA 


Tajikistan adalah pasukan pilihan Malaysia bagi Ujian pemanas badan sebelum menentang Jordan (info FAM). Dikhabarkan tempoh perjalanan pasukan kita ke tempat lawan memakan masa 24 jam. Nampaknya ini lah ujian sulung dihadapi mereka.


Ayuh MALAYSIA ! Kasi tentang esok habis habisan!!



#info dan gambar di atas adalah Dari website FAM dan FB FAM. 

Wednesday, 6 August 2014

PRA PIALA AFF SUZUKI 2014 - DOLLAH SALLEH UJI PEMAIN LAMA


Senarai 23 pemain yang dibawa Dollah Salleh ke Tajikistan.
* Bunyamin Umar digantikan dengan Ronny Harun akibat kecederaan

Coach Harimau Malaya, Dollah Salleh akan menguji pemain lama sedia ada bagi perlawanan persahabatan menentang Tajikistan esok akibat kesuntukan masa.

Ini bermakna nama-nama besar seperti safiq rahim, safee sali, matyo, khairul fahmi, mahali dan aidil zafuan serta amri yahyah masih lagi diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebangsaan menjelang AFF 2014 di Singapura bulan November nanti.

Turut dipanggil kembali adalah tonggak benteng negara pada AFF 2010 iaitu Muslim Ahmad yang tenggelam selepas keluar dari kem Harimau Muda A di bawah bimbingan datuk OKS. Penjaga gol muda skuad Tok Gajah, Khairul Azhan juga disenaraikan bersama-sama pemain sayap lincah, R Gopinathan.

Walaubagaimanapun, tempat mereka masih belum selamat kerana Dollah Salleh akan menilai prestasi para pemain lama dan baru pada aksi Piala Malaysia yang dijadualkan membuka tirai minggu depan.

Beliau turut mengekalkan Aidil Zafuan sebagai kapten untuk perlawanan esok.

PRA AFF SUZUKI CUP 2014

AFF SUZUKI CUP 2014

Undian telah pun berlaku, di mana pasukan kita berada di KUMPULAN B. Walau apa pun smoking an padu Rakyat jelata tetap utuh bersama mu MALAYSIA !


Tuesday, 5 August 2014

PRA - AFF SUZUKI CUP 2014

AFF SUZUKI CUP 2014

Pasukan kita akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Tajikistan dan Jordan sebelum bermula AFF SUZUKI CUP nanti.
Tajikistan berada di kedudukan ke 124 dunia manakala Jordan di tangga ke 63. Dan ini adalah kisah perlawanan pemanas badan kita.

Berbalik pada cerita piala AFF ini pula, beban Dollah Salleh agak berat dimana pasukan jiran kita hampir semua berlatih di luar negara masing-masing demi kejohanan ini. Mereka tidak pandang remeh temasya dwi tahuanan ini. 

Sebagai kesimpulan nya, kita harap dan berdoa pasukan kita akan berikan persembahan terbaik pada kejohanan ini. Menjadi juara 2014 ini mungkin pengubat kepada jatuhnya prestasi pasukan Komenwel kita. 

AFF SUZUKI CUP 2014

AFF SUZUKI CUP 2014



Temasya kali ini kemungkinan Akan berdepan cabaran hebat berbanding perlawanan sebelum ini. Kali ini pasukan kita di ketuai oleh Aidil Zafuan. Jurulatih baru Harimau Malaya, Dollah Salleh diharap dapat memberi ramuan istimewa pada pasukan negara dalam hadapi pasukan lawan kelak. Dan kepada para pemain pula diharap beri saingan kuat dan semangat juang tinggi.

Sebagai persediaan Temasya 2014 ini, Malaysia telah memilihTajikistan sebagai pemanas badan sebelum sepak mula nanti. 

Venue bersama: Singapura dan Vietnam 
Tarikh: 22 November 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...