Kemenangan 5-3 ke atas skuad Hoben Jang Hoben sabtu lalu menjadi tonik terbaik kepada anak buah Dollah Salleh bagi meneruskan rentak cemerlang setelah hanya mampu meraih keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama bertemu TRW selasa lepas.
Tonggak utama Pahang, Alex dan Yol sudah menemui sentuhan jaringan yang pasti akan menembah sengat dan semangat rakan sepasukan yang lain. Walaubagaimanapun, mereka tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan Penyu ini yang diibaratkan sebagai 'harimau terluka' apabila tewas dalam kedua-dua perlawanan awal. Tonggak pertahanan Pahang, Razman Roslan dan Damion Stewart harus bijak merantai pergerakan pantas penyerang Penyu diketuai oleh Effa Owona dan Ashaari Shamsudin.
Kelicikan Alex menyusup masuk ke kawasan lawan dari sebelah kanan di samping kepantasan Gopinathan dari sebelah kiri sudah pasti akan memberi masalah besar kepada pertahanan Terengganu untuk mengekang asakan bertali arus pasukan tuan rumah.
Jika kalah, Terengganu sudah boleh mengucapkan selamat tinggal walaupun masih berpeluang untuk layak secara automatik ke peringkat suku akhir.
![]() |
Alex bersama peminat tegar semasa Hari Raya baru-baru ini. kredit: FB Asyran Shamsudin |
No comments:
Post a Comment