Setelah semua pasukan mengharungi dua perlawanan maka malam ini akan berlangsung perlawanan yang ketiga. Pada saya malam ini tertumpu pada perlawanan di bawah:
Sime Darby vs Selangor
Misi 33 kali Piala Malaysia - Selangor akan terganggu jika tewas pada game ini. Ini juga dijelaskan oleh orang lama Red Giant, Amri Yahya. Beliau yang dihubungi BH mengesa rakan sepasukan untuk bangkit dari lena untuk menang bagi 4 perlawanan akan datang. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Selayang.
Sime Darby, naib juara Liga Perdana sememangnya akan mengekalkan momentum bagi kekal ditempat kedua dalam kumpulan A. Manakala Selangor menduduki tempat tercorot dengan belum pernah menang dalam kumpulan ini. Apa lah Selangor ni !
Predict - Iran Bakti (2) - Ismail Zakaria (2)
dan Perak vs Lion XII
Nasib team Lion kali ini agak sukar kerana menerima nasib yang sama dengan team Selangor tidak pernah memang dengan 2 perlawanan sebelum ini. Mungkin kemenangan mereka pada musim Liga Super lalu membuat mereka terlupa. Di tambah pula pasukan yang menentang Lion ini menyimpan azimat dan kesungguhan untuk menumbangkan mereka.
Kumpulan D ini, dengan rekod pasukan Sarawak dan Kedah dapat melembutkan hati Lion maka ini menyemarakan pasukan Perak untuk memberikan kesusahan pada game malam ini. Tetapi Perak wajib berhati hati kerana sememangnya Lion akan idam kemenangan sulung di Stadium Perak ini.
Dan bak kata penyokong Perak pada saya baru-baru ini, segagal gagal Perak, Perak belum pernah turun ke liga bawah. kejor yob kejor.
Predict - Azraai Khor (1) - V Sundram (2)
No comments:
Post a Comment