nuffnang top

Sunday, 15 December 2013

Keputusan Sukan Sea

Malaysia (2) Vs Brunei (0)
Malaysia (4) Vs Laos (1)
Malaysia (1) Vs Singapura (1)

Malaysia (?) Vs Vietnam (?) - 17 Disember 2013

Thursday, 12 December 2013

Malaysia Vs Laos

Perlawanan kental hari ini. 5.30 petang. secara langsung TV1 dan Astro Arena

Friday, 6 December 2013

Sukan SEA - Preview Skuad Harimau Muda


Posisi penjaga gol dilihat agak longgar jika hendak dibandingkan dengan kehadiran Khairul Fahmi @ Apek di Jakarta pada 2011. Namun, anak jati kelahiran Johor, Izham Tarmizi pastinya mahu membuktikan sesuatu kepada barisan jurulatih, pegawai dan peminat tanahair bahawa beliau mampu menggalas tugas sebagai penjaga gawang nombor satu bak kata pujangga 'patah tumbuh hilang berganti'.

Pengalaman Fadhli Shas yang telah bermain dengan pasukan senior negara diharapkan dapat memimpin rakan-rakan di benteng pertahanan supaya lebih ampuh dan kental menahan asakan lawan. Mungkin kehilangan Nik Shahrul dan Amer Saidin tidak akan dirasai sekiranya Shahrul Saad dapat menunjukkan persembahan cemerlang di bek tengah nanti selain daripada Kenny Pallraj dan juga Wan Amirzafran yang disenaraikan walaupun kedua-dua pemain ini agak kurang pengalaman peringkat antarabangsa.
Melengkapkan posisi pertahanan adalah Zubir Azmi dan Nazirul Naim di bek kiri manakala Azrif Nasrulhaq bersaing bersama K. Reuben di bek kanan.

Kelibat tubuh cilik Nazmi Faiz yang akan bermain pada sukan sea kedua pastinya ditagih di barisan tengah untuk bergandingan dengan Irfan meskipun beliau baru berusia 19 tahun. Mereka akan dibantu oleh S. Sivanesan dan Nasir Basharudin yang diharapkan mampu menampung kekosongan ditinggalkan Gary dan Junior. Skuad kali ini jelas akan bermain tanpa pemain sayap utama (Zack, Kecik, Azwari) dan posisi ini akan menjadi tanggungjawab pemain serba-boleh, D. Saarvindran bersama-sama pemain kelahiran Sarawak yang baru pulih dari kecederaan iaitu Ashri Chuchu. Sekali imbas, kelemahan utama adalah di posisi sayap kiri dan kanan namun penulis pasti OKS pasti mempunyai strategi tersendiri bagi menutup kekurangan ini.

Satu-satunya posisi yang boleh dikatakan terkuat pada kali ini ialah di jentera serangan dengan kehadiran Thamil Arasu, Rozaimi dan juga Hazwan Bakri. Ketiga-tiganya boleh dikatakan 'penyerang tulen' kerana bijak menghidu peluang dan menjaringkan gol di depan gawang pihak lawan. Penulis amat tertarik dengan tindakan OKS untuk membawa penyerang tinggi lampai ke Myanmar iaitu Izzaq Faris walaupun seperti diketahui beliau lebih banyak menghabiskan masa di meja rawatan dan gimnasium setelah berehat lama kerana masalah kecederaan. Mungkin Izzaq adalah senjata rahsia OKS disebabkan pengalaman beliau bermain dalam sukan sea 2011 termasuk ketika menjaringkan gol kemenangan ke atas Thailand di peringkat kumpulan.
Kebijaksanaan OKS untuk menggandingkan barisan penyerangnya dilihat memberi impak besar kepada skuad negara bagi mengutip 3 mata penuh dalam setiap perlawanan.

Sukan Sea 2013 : Inilah Barisan Kita


Barisan kejurulatihan Harimau Muda yang dipimpin Dato' Ong Kim Swee (OKS) akhirnya menamatkan teka-teki barisan akhir 20 pemain yang akan mempertahankan ibu segala pingat emas sukan sea bermula 10 disember ini.

Diketuai oleh kapten, Irfan Fazail, mereka akan mengharungi 4 perlawanan peringkat kumpulan bertemu Brunei, Laos, Singapura dan Vietnam di Myanmar.

Daripada senarai 20 pemain yang diumumkan, hanya 7 pemain pernah merasai bahang sukan sea 2011 di Jakarta iaitu Irfan, Fadhli Shas, Izham Tarmizi, Zubir Azmi, Nazmi Faiz, Thamil Arasu dan Izzaq Faris.

Skuad kali ini boleh dikatakan agak tempang sebenarnya kerana terdapat beberapa tonggak yang tidak dapat disenaraikan akibat kecederaan seperti sayap lincah Wan Zack, Wan Zaharulnizam dan Syahrul Azwari. Begitu juga dengan Gary Steven, Fandi Othman, Amer Saidin, Junior Eldstal dan Nik Shahrul terpaksa melupakan aksi sukan sea kerana masalah kecederaan.

Walaubagaimanapun, secara peribadi penulis merasakan bahawa skuad kali ini lebih seimbang di semua posisi berbanding skuad 2011 dahulu. Jika edisi 2 tahun lepas anak-anak buah OKS menyandarkan harapan kepada Baddrol Bakhtiar, Asrarudin Putra, Mahali Jasuli mahupun Fakri Saarani, pasukan tahun ini lebih menumpukan kepada semangat berpasukan dan disiplin yang setinggi dalam setiap pemain.

Harapan penulis, kita sama-sama memberikan sokongan padu kepada OKS dan Harimau Muda supaya misi mempertahankan pingat emas dapat dilaksanakan dengan jaya..!!!

Tanah Tumpahnya Darahku

Thursday, 5 December 2013

Bola Sepak Sukan Sea Myanmar

Sukan bola sepak pada temasya kali ini berlangsung selama sepuluh hari. bermula pada 10hb sehingga 20hb Disember. Perlawanan akan berlangsung di dua stadium iaitu di Zeya Thiri, NPT dan di YTC, Yangon.

terbahagi kepada 2 kumpulan, A dan B. Malaysia diletakkan di kumpulan A. Manakala tuan rumah diletakkan di kumpulan B. Sukan Sea yang ke 27 ini menyaksikan Malaysia ingin mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada kejohanan yang lalu.

Kumpulan A
Malaysia
Vietnam
Laos
Brunai
Singapura

Kumpulan B
Myanmar
Indonesia
Thailand
Timor Leste
Kemboja

Good luck OKS ! All the best Harimau Muda!

Sea Games Myanmar

All the best HARIMAU MUDA kita ! Mereka angkat bertolak ke Myanmar pada 7 Disember ini dan perlawan pertama mereka menentang Brunai pada 10 Disember.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...