nuffnang top

Sunday, 3 November 2013

PAHANG Juara Piala Malaysia edisi 2013


Pasukan Pahang mengejutkan juara bertahan Kelantan 1-0 di stadium shah alam malam tadi hasil tandukan tipis penyerang import kelahiran argentina matias conti...

Gol pada minit ke 58 itu menggamatkan penyokong-penyokong pahang yg bukan sahaja memenuhi stadium shah alam malah yang berada di seluruh negara.

Walaupun bermain dalam padang licin akibat hujan lebat sejurus sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan mempersembahkan permainan pantas dan menarik bagi mencari gol awal.

Pahang terlepas dua peluang terbaik apabila rembatan deras pemain no.7 Surendren terkena palang manakala rembatan betul-betul di depan gol oleh pemain no.19 Fauzi Roslan @ Koji @ 'budak pekan' melewati palang.

Persembahan skuad tok gajah malam tadi boleh dikatakan antara yang terbaik pada musim ini sekaligus menamatkan penantian selama 21 tahun menjulang Piala Malaysia. Tiada istilah gentar dalam setiap pemain tok gajah walaupun terpaksa berhadapan juara bertahan yang rata-rata dibarisi pemain bintang dan berpengalaman dalam perlawanan akhir.

Para penyokong pahang juga harus diberi pujian di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi selama 90 minit terutamanya yang hadir di stadium shah alam sejak pukul 3 petang lagi. Malah sebahagian daripada mereka tidak berganjak dari tempat duduk meskipun dibasahi hujan lebat sebelum perlawanan. Pujian patut diberi kepada Elephant Army (EA) yang banyak membantu menaikkan semangat penyokong pahang melalui nyanyian dan chanting mereka.

Untuk rekod, ini adalah kejuaraan Piala Malaysia yang ke 3 untuk Pahang setelah menjadi juara pertama pada tahun 1983 dan yang kedua pada tahun 1992 masing-masing dengan menewaskan selangor dan kedah di perlawanan akhir.

Tahniah kepada semua warga Pahang di seluruh negara, Hogoh Pahang Hogoh....!!!







* semua gambar kredit kepada utusan malaysia.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...