Aksi pertama Harima Malaya di bawah kendalian OKS dilihat tumpul di jentera serangan walaupun mempunyai beberapa peluang terbaik sepanjang perlawanan ketika bertemu Filipina di Stdm Selayang malam tadi.
Dalam perlawanan ini, OKS memilih untuk menurunkan Bobby Gonzalez dalam aksi pertamanya di peringkat antarabangsa bagi bergandingan dengan pemain berpengalaman Safee Sali di bahagian serangan. Namun, baik Bobby ataupun Safee, kedua-duanya gagal meyakinkan OKS untuk diturunkan dalam perlawanan sebenar menetang Yaman rabu ini.
Walaubagaimanapun, OKS tidak perlu risau kerana beliau masih mempunyai Mat Yo yang 'direhatkan' malam tadi.
Kombinasi di bahagian tengah agak baik melalui gandingan Nazrin Nawi - Safiq Rahim - Hafiz Kamal - Amri Yahyah kerana berjaya menguasai tempo permainan disamping kerap mengasak benteng Filipina melalui 'thru pass' dan hantaran lintang dari kiri dan kanan.
Hafiz Kamal beraksi cemerlang di posisi playmaker dalam caps pertama beliau bersama Harimau Malaya dan ini akan memberikan OKS lebih banyak pilihan kerana beliau turut mempunyai Shakir Shaari, Piya serta Nazmi Faiz untuk diturunkan bila-bila masa.
Benteng pertahanan dilihat kebal menahan serangan walaupun sesekali diuji melalui gerakan pantas pemain Filipina. Amiridzwan Taj berjaya membentuk persefahaman dengan kapten, Aidil Zafuan manakala Zubir Azmi dan Mahali utuh menyekat pemain sayap lawan di bahagian kiri dan kanan.
OKS juga sempat menguji gandingan Fadhli Shas dan Asrarudin Putra di hujung separuh masa kedua.
Di posisi penjaga gol, Khairul Azhan yang memperolehi caps pertama beberapa kali berjaya menggagalkan percubaan Filipina walaupun agak gugup di awal permainan.
Keseluruhannya, penulis melihat skuad OKS seimbang di posisi penjaga gol, pertahanan dan tengah tetapi masih gagal mencari formula terbaik di jentera serangan.
Peluang masih ada untuk OKS menurunkan 11 pemain terbaik bagi memburu kemenangan ketika melawan Yaman nanti seterusnya mencerahkan harapan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015.
"Selamanya Harimau Malaya"